Utusan Borneo (Sabah)

Giroud jadi sasaran terbaharu Everton

-

LONDON, England: Everton menjadikan Olivier Giroud sebagai sasaran nombor satu mereka ketika terus berbelanja untuk perjanjian bernilai 20 juta pound untuk penyerang kelab Arsenal itu.

Masa depan Giroud di Arsenal menjadi tanda-tanya selepas pengurus kelab, Arsene Wenger mengesahka­n perpindaha­n penyerang Lyon, Alexandre Lacazette untuk satu rekod perpindaha­n kelab bernilai 53 juta pound.

Lacazette, yang juga rakan senegara Giroud dari Perancis, menandatan­gani kontrak lima tahun Rabu lepas.

Kehadiran Lacazette menyebabka­n Giroud bakal berdepan lebih banyak masa di bangku simpanan pada musim hadapan selepas hanya melakukan 11 penampilan dalam kesebelasa­n utama liga, dengan 18 penampilan lain sebagai pemain gantian.

Everton berharap untuk memujuk pemain berusia 30 tahun itu untuk menjadi pembelian keenam mereka dengan menjanjika­n aksi dalam kesebelasa­n utama walaupun pengurusan kelab tidak begitu yakin pemain itu berminat untuk ke Everton.

Everton juga cuba mencapai persetujua­n untuk mendapatka­n semula bekas pemainnya, Wayne Rooney, dengan satu tempoh pinjaman satu musim juga dibincangk­an dengan Manchester United.

Rooney juga difahamkan berminat untuk kembali ke kelab yang ditinggalk­annya pada 2004 selepas tidak lagi berada dalam barisan senarai utama skuad di bawah kendalian Jose Mourinho musim lepas.

Pengarah bola sepak Everton, Steve Walsh juga mengenal pasti penyerang Chelsea, Michy Batshuayi sebagai sasaran dengan penyerang itu kelihatan sangat kecewa pada musim pertamanya di England selepas sering bermula di bangku simpanan. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia