Utusan Borneo (Sabah)

Umno Silam pastikan kemenangan Umno, BN pada PRU-14

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Ketua Umno Bahagian Silam Datuk Mohd Yusof Apdal berkata sokongan rakyat tidak pernah luntur kepada parti dan akan memastikan kemenangan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihanray­a Umum ke-14.

Menurutnya, terjemahan sokongan rakyat itu bukan sahaja dilihat pada semangat bersatu-padu mereka menyokong perjuangan parti tetapi rakyat telah matang dalam menilai perjuangan parti selaku pemerintah negara dan negeri.

“Pembanguna­n yang dilaksana kerajaan sejak sekian lamanya telah dinikmati rakyat dan sudah tentu rakyat dapat menilai sendiri sokongan dan kemenangan perlu terus diberikan kepada kerajaan khususnya Umno dan BN,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Lahad Datu berkata demikian ketika ditemui media di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2017 Umno Bahagian Silam di Dewan Perdana, di sini, pada Sabtu.

Yusof berkata Umno Silam sudah lama bersedia untuk menghadapi pilihan raya dari segi jentera yang telah bersiapsia­ga dan sejak setahun lalu ia dipertingk­atkan agar sokongan rakyat terus utuh bersama Umno dan BN.

“Umno Silam sudah lama bersiapsia­ga untuk pilihan raya dan kerja kita telah dilakukan dengan lebih giat lagi sejak setahun lalu ini.

“Saya yakin rakyat dapat menilai dan melihat sendiri kejayaan kerajaan BN dan Umno sebagai pemerintah di negara dan di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Yusof bersyukur dengan keadaan dan suasa nadi Lahad Dat u dan di kawasan Silam khususnya sentiasa menyemarak dan mendahuluk­an ukhwah perpaduan kerana ia amat penting dalam mempertaha­nkan keamanan dan keharmonia­n.

“Saya berharap dengan adanya majlis seperti ini akan dapat menjadi medan untuk mengeratka­n lagi sillaturra­him sesama kita dan mudah-mudahan dengan ikatan perpaduan ini, akan dapat kita gunakan sebagai suatu kekuatan untuk kita mengekalka­n dan mempertaha­nkan keamanan, kemakmuran, kesejahter­aan demi negara dan negeri kita juga,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Silam Datuk Datu Nasrun Datu Mansur, Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Negeri Sabah merangkap Bendahari Umno Bahagian Semporna Datuk Abdul Razak Tun Sakaran dan Panel Pemikir Jasa Datuk Salsidu Ibrahim.

Majlis itu diserikan dengan persembaha­n artis Dayang Nurfaizah, Syamel, Adam dan Zizi serta artis kelahiran Lahad Datu.

Yusof turut menyempurn­akan penyerahan replika cek sumbangan sebanyak RM30,000 kepada KRT Daerah Lahad Datu serta meraikan anak-anak golongan asnaf.

 ??  ?? NASRUN dan Salsidu turut hadir di majlis itu.
NASRUN dan Salsidu turut hadir di majlis itu.
 ??  ?? YUSOF menyerahka­n replika cek kepada KRT pada majlis itu.
YUSOF menyerahka­n replika cek kepada KRT pada majlis itu.
 ??  ?? YUSOF dan isteri serta Jawatankua­sa Umno Bahagian Silam meraikan anak-anak golongan asnaf.
YUSOF dan isteri serta Jawatankua­sa Umno Bahagian Silam meraikan anak-anak golongan asnaf.
 ??  ?? YUSOF (tengah) berucap pada majlis itu.
YUSOF (tengah) berucap pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia