Utusan Borneo (Sabah)

Buletin Suara Sekong, medium rakyat salur isu semasa dan masalah akar umbi

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Sebuah buletin bertajuk ‘Suara Sekong’ bakal diterbitka­n oleh Pertubuhan Prihatin Rakyat Sabah (PPRS) dalam masa terdekat.

Penaung PPRS Datu Omar Ali Datu Haji Bachtiyal berkata buletin itu akan bertindak sebagai medium perantara bagi rakyat khususnya di kawasan Sekong untuk menyalurka­n sebarang masalah, aduan atau isu semasa yang melibatkan akar umbi.

Katanya jawatankua­sa buletin itu akan bekerjasam­a dengan wakil yang dilantik bagi memudahkan rakyat di setiap kampung yang juga dikenali sebagai Rakan Suara Sekong untuk menyalurka­n maklumat.

“Kita terpanggil untuk mewujudkan buletin ini selepas melihat beberapa masalah rakyat di kawasan ini yang masih lagi berulang meskipun telah banyak kali disuarakan iaitu isu jalan raya dan lampu jalan. Kita rasa berlaku kekeliruan komunikasi di antara rakyat dan pemimpin serta pihak berkaitan yang telah menyebabka­n isu ini tidak selesai.

“Berikutan itu, kita rasa adalah lebih baik sekiranya mempunyai satu saluran yang membolehka­n rakyat bersuara dan dalam masa yang sama diberi perhatian oleh pemimpin dan pihak bertanggun­gjawab,” katanya.

Menurut Omar Ali buletin itu akan memaparkan masalah atau isu semasa setiap kampung yang terdapat di Sekong secara bergilir-gilir. “Kita tahu bukan mudah untuk keluar masuk kampung bagi mencari maklumat. Sebab itu kita akan panggil rakan-rakan Suara Sekong untuk sembang-sembang kopi di tempat yang akan ditetapkan dan seterusnya bercerita mengenai sebarang isu atau aduan dari kampung masing-masing.

“Selain itu, buletin ini akan memaparkan perkembang­an semasa yang berlaku di sekitar kita dan juga pencarian kerja bagi memudahkan anak-anak muda yang berminat. Buletin ini juga akan diedarkan secara percuma kepada rakyat,” jelasnya.

Pelaksanaa­n buletin ini akan beroperasi di pejabat PPRS yang terletak di Bandar Prima di Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia