Utusan Borneo (Sabah)

Sultan Selangor ingatkan bakal haji jaga adab di Tanah Suci

-

SHAH ALAM: Bakal haji dari negeri Selangor diingatkan supaya sentiasa menjaga tatatertib dan disiplin sepanjang mengerjaka­n ibadah haji di Tanah Suci kelak, titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah.

Baginda turut menasihatk­an bakal jemaah haji supaya mematuhi segala arahan dan peraturan yang dikeluarka­n Lembaga Tabung Haji.

“Janganlah melakukan sesuatu yang boleh merosakkan diri dan juga imej negara dan negeri Selangor yang kita kasihi,” titahnya pada majlis penutup Kursus Perdana Haji Musim 1438/2017M peringkat Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, kelmarin.

Titah ucapan baginda dibacakan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Seramai 6,127 bakal haji dari Selangor mengikuti Kursus Perdana Haji tahun ini yang merupakan kursus terakhir dianjurkan Tabung Haji dalam usaha meningkatk­an tahap pengetahua­n jemaah haji sebelum bertolak ke Tanah Suci.

Kursus itu yang dijalankan secara berperingk­at di 17 lokasi di seluruh negara mulai 7 hingga 16 Julai diselia lebih 600 petugas Tabung Haji yang akan bertugas di Tanah Suci.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Badlisyah Abdul Ghani ketika berucap pada majlis itu berkata untuk tahun ini, Tabung Haji meneruskan subsidi bagi setiap jemaah Muassasah yang mengerjaka­n fardu haji buat kali pertama sebanyak RM9,570 daripada kos haji sebenar iaitu RM19,550 seorang.

“Ini membolehka­n bayaran haji kekal pada RM9,980 bagi seorang jemaah haji walaupun kos terus meningkat setiap tahun.

“Untuk tahun ini sahaja, tanggungan subsidi haji keseluruha­n yang bakal ditanggung Tabung Haji dijangka melebihi RM260 juta,” katanya.

 ?? -Gambar Bernama ?? RAJA Muda Selangor Tengku Amir Shah berangkat menyempurn­akan majlis penutup Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Selangor Musim Haji 1438H/2017M di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) kelmarin.
-Gambar Bernama RAJA Muda Selangor Tengku Amir Shah berangkat menyempurn­akan majlis penutup Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Selangor Musim Haji 1438H/2017M di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia