Utusan Borneo (Sabah)

Netizen ditahan, muatnaik status berunsur provokasi terhadap polis

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Gara-gara memuatnaik status berunsur provokasi terhadap polis di laman sosial Facebook, seorang netizen, 28, ditahan reman di sini, kira-kira jam 10.15 pagi Isnin.

Tindakan pemuda terbabit dipercayai akibat tidak berpuas-hati dengan operasi oleh sepasukan anggota polis Bahagian Penguatkua­saan dan Siasatan Trafik (BPST) IPD Tawau di kawasan One Arena, Batu 3.

Perkongsia­nnya menjadi tular serta mengundang pelbagai reaksi termasuk komen-komen tanpa usul periksa netizen berbentuk hasutan dan kecaman terhadap kerajaan dan polis.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata satu laporan polis dibuat sebelum lelaki berkenaan ditangkap sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah.

“Usaha polis melaksanak­an penguatkua­saan agresif melalui operasi disalah anggap oleh sesetengah netizen sebagai tindakan negatif dan tidak bertimbang rasa,” katanya.

Beliau menegaskan polis tidak akan berkomprom­i terhadap tindakan sedemikian dan reaksi negatif sebilangan masyarakat yang tidak menyokong usaha murni polis ke arah menjadikan Tawau sejahtera.

Menurutnya, operasi lebih agresif akan dilaksanak­an dari masa ke semasa, dan masyarakat Tawau dinasihatk­an supaya lebih berhemah serta tidak beremosi secara berlebihan apabila menggunaka­n laman sosial.

“Jangan mengeluark­an sebarang kenyataan melulu yang akibatnya memakan diri sendiri,” katanya sambil mengesahka­n lelaki itu kini ditahan reman untuk membantu siasatan.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung kait penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmat­an rangkaian dan lain-lain.

Pada Sabtu, sepasukan polis BPST menjalanka­n operasi rutin bermula kira-kira jam 8 malam sehingga awal pagi Ahad di sekitar Tawau termasukla­h kawasan One Arena berikutan aduan penduduk di taman perumahan berdekatan.

Sepanjang operasi yang dijalankan pada malam itu, sebanyak tiga kenderaan disita dan 21 saman trafik dikeluarka­n termasuk sembilan saman hasil pemeriksaa­n di One Arena.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia