Utusan Borneo (Sabah)

APMM lakukan pelayaran ihsan bawa pesakit ke Hospital Kudat

-

KUDAT:Agensi Penguatkus­aan Maritim Malaysia (APMM) Kudat melakukan pelayaran ihsan membawa ibu keguguran dan mengalami pendarahan dan seorang bayi lelaki tujuh bulan dijangkiti kuman pada paru-paru dari Pulau Banggi ke Hospital Kudat di tanah besar, petang Ahad.

Pengarah APMM Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata wanita berumur 40 tahun yang ditemani suaminya dan bayi oleh ibunya itu dibawa menaiki bot dari Klinik Kesihatan Karakit pada pukul 6.45 petang dan tiba di Jeti Marina Kudat pada pukul 8.04 malam.

“Pada 9 Julai (semalam), lebih kurang 5.25 petang, Bilik Operasi Daerah Maritim 16 Kudat menerima panggilan daripada Dr Hanif Abdul Rahman yang bertugas di Klinik Kesihatan Karakit, Pulau Banggi mengenai kejadian tersebut dan memaklumka­n memerlukan bot untuk menghantar seorang ibu dan bayi ke Hospital Kudat dengan kadar segera memandangk­an bot (jabatan) kesihatan masih mengalami kerosakan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Ekoran maklumat berkenaan kata Mohd Zubil, beliau telah mengarahka­n APMM Kudat untuk melancarka­n operasi bantuan kecemasan dengan menghantar sebuah bot ke Pulau Banggi itu dan tiba di pulau berkenaan pada jam 6.45 petang.

Katanya, kedua-dua pesakit berkenaan kemudian dibawa menaiki bot APMM dan tiba di Jeti Marina di tanah besar Kudat kira-kira jam 8.04 malam seterusnya dibawa ke Hospital Kudat dengan menaiki sebuah ambulans yang sedia menunggu di jeti itu. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia