Utusan Borneo (Sabah)

Hajiji terima anugerah Ikon Pendidikan

-

TUARAN: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor mendapat kejutan apabila disenaraik­an sebagai salah seorang daripada 10 penerima anugerah Ikon Pendidikan.

Beliau menerima anugerah itu ketika hadir di sambutan Hari Guru Daerah Tuaran 2017 yang diadakan di Rasa Ria Resort di sini pada Isnin.

Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Hjh Maimunah Hj Suhaibul dan Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran Tah Nia Hj Jaman dalam ucapan mereka berkata pemilihan Hajiji adalah berdasarka­n sumbangan beliau kepada perkembang­an pendidikan di daerah ini semenjak beliau menjadi Adun Sulaman dan seorang menteri.

“Hajiji telah menjadi tetamu kehormat yang merasmikan perayaan Hari Guru Daerah Tuaran sejak lapan tahun lalu dan ini adalah satu rekod.

“Di samping itu, beliau telah juga banyak membantu sekolah-sekolah di Tuaran samaadadar­isegiperun­tukan kilat mahupun kelengkapa­n sekolah seperti meja/bangku dan sebagainya.

“Sesungguhn­ya, Daerah Tuaran bernasib baik kerana mendapat seorang wakil rakyat yang begitu prihatin terhadap perkembang­an pendidikan,” kata mereka.

Seramai 10 orang telah dianugerah­kan ikon itu tahun ini bagaimanap­un, Hajiji merupakan pemenang tunggal Ikon Pimpinan Masyarakat.

Anugerah yang lain ialah tiga Ikon Guru, tiga Ikon Kepimpinan, dua Ikon Permaufaka­tan dan satu Ikon Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Para penerima terdiri DSP Abdul Fuad Abdul Malek, Hj Said Andong, Dr Zakaria Othman, Alice Kaling, Salinah @Shalie Sabli, Valerie Sinti, Dutis @Dullahmin Igib dan Peter Ringgingon.

Sementara itu, tiga pesara guru Daerah Tuaran telah dianugerah­kan Tokoh Guru 2017. Mereka ialah mantan Pengetua SMK Pekan Telipkok Ng Kah Ngor, bekas Guru Besar SK Sg Damit Andrew Gideon dan bekas Timbalan PPD Tuaran Shamiun Salleh.

 ??  ?? TIGA Tokoh Guru Tuaran 2017 (duduk dari kiri) Ng, Shamiun dan Andrew bergambar kenangan dengan Hajiji (tengah, berdiri), Maimunah dan Tah Nia.
TIGA Tokoh Guru Tuaran 2017 (duduk dari kiri) Ng, Shamiun dan Andrew bergambar kenangan dengan Hajiji (tengah, berdiri), Maimunah dan Tah Nia.
 ??  ?? MAIMUNAH (kanan) menyampaik­an anugerah Ikon Pimpinan Masyarakat kepada Hajiji, diperhatik­an oleh (dari kiri) Roslani dan Tah Nia.
MAIMUNAH (kanan) menyampaik­an anugerah Ikon Pimpinan Masyarakat kepada Hajiji, diperhatik­an oleh (dari kiri) Roslani dan Tah Nia.
 ??  ?? HAJIJI, Maimunah dan Tah Nia bergambar kenangan dengan Koir Hari Guru Tuaran 2017 yang terdiri daripada guru-guru dan warga PPD Tuaran.
HAJIJI, Maimunah dan Tah Nia bergambar kenangan dengan Koir Hari Guru Tuaran 2017 yang terdiri daripada guru-guru dan warga PPD Tuaran.
 ??  ?? SAID (kanan) menerima anugerah daripada Hajiji, diperhatik­an oleh (dari kiri) Roslani, Tah Nia dan Maimunah.
SAID (kanan) menerima anugerah daripada Hajiji, diperhatik­an oleh (dari kiri) Roslani, Tah Nia dan Maimunah.
 ??  ?? HAJIJI (tengah), Maimunah dan Tah Nia bersama para penerima anugerah Ikon Pendidikan Tuaran 2017.
HAJIJI (tengah), Maimunah dan Tah Nia bersama para penerima anugerah Ikon Pendidikan Tuaran 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia