Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki didakwa edar dadah mulai dibicara

-

KOTA KINABALU: Perbicaraa­n terhadap seorang lelaki yang berhadapan dengan hukuman gantung mandatori, atas pertuduhan mengedar dadah bermula di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad mendengar hujah pembukaan terhadap Lim Cheng Yung, 21, yang didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pada 19 Mei tahun lalu jam 11.15 pagi hingga jam 2.50 petang di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabang­sa (LTAKK) di sini, seorang pegawai Kastam mengimbas sebuah bagasi dan menjumpai imej mencurigak­an.

Ketika bagasi berkenaan dibuka, pegawai Kastam menjumpai satu paket yang dibaluti surat khabar yang diletakkan dibawah pakaian.

Tertuduh diminta membuka surat khabar terbabit dan dijumpai satu paket berwarna hijau yang tertulis GUANYINWAN­G.

Hasil pemeriksaa­n lanjut, pihak Kastam menjumpai serbuk jernih disyaki dadah yang disembunyi­kan dibawah lapisan paket.

Selesai analisis kimia, disahkan paket berkenaan mengandung­i dadah jenis Methamphet­amine seberat 749.4 gram.

Pegawai Pendakwa Nasir Amir Johari berkata, pihak pendakwaan akan mengemukak­an bukti yang menunjukka­n pada ketika itu, bagasi berkenaan berada dalam kawalan tertuduh.

Dalam pada itu, Nasir dari Jabatan Kastam juga menyatakan, enam saksi akan dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk memberikan keterangan.

Sementara menunggu kes berkenaan selesai, mahkamah memerintah­kan tertuduh terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Peguam Ram Singh mewakili tertuduh.

 ??  ?? LIM (depan) dengan tangan yang bergari, diiringi anggota polis.
LIM (depan) dengan tangan yang bergari, diiringi anggota polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia