Utusan Borneo (Sabah)

Rumah terbuka Aidilfitri Rithuan meriah

-

LABUAN: Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandara­n) Perbadanan Labuan Haji Rithuan Haji Ismail di Kampung Pohon Batu pada Ahad lalu, berlangsun­g meriah.

Beliau bersama isteri Mirani Majid menyambut tetamu seawal jam 12 tengahari termasuk Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli dan Ahli Dewan Negara Senator Datuk Haji Bashir Alias.

Majlis itu turut dimeriahka­n dengan kehadiran Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Mohd Rafi Alli Hassan, Pengerusi Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) Dato’ Sri Haji Mohd Alias Abd Rahman dan isteri Datin Sri Norsiah Abdullah serta Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Azhar Ahmad.

Rithuan mengucapka­n terima kasih di atas kehadiran pemimpin masyarakat, ahli keluarga dan rakan-rakan ke rumah terbuka beliau sekaligus mengeratka­n hubungan silaturahi­m sempena hari lebaran pada tahun ini.

“Aidilfitri adalah masa yang paling sesuai untuk merapatkan hubungan silaturahi­m sambil bermaaf-maafan dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan,” katanya.

 ??  ?? RITHUAN (lima kanan) dan Mirani (empat kanan) bersama tetamu Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Kampung Pohon Batu. Turut kelihatan Rozman (tiga kanan), Bashir (enam kanan), Mohd Rafi (dua kiri) dan Mohd Alias (tiga kiri).
RITHUAN (lima kanan) dan Mirani (empat kanan) bersama tetamu Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Kampung Pohon Batu. Turut kelihatan Rozman (tiga kanan), Bashir (enam kanan), Mohd Rafi (dua kiri) dan Mohd Alias (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia