Utusan Borneo (Sabah)

Ketepi perselisih­an faham, fokus untuk hadapi musuh kerajaan

- Oleh YUSOP TEPPO

BELURAN: Cerita pemilihan parti dan perselisih­an perlu diketepika­n kerana tumpuan harus diberikan kepada siapa sahaja yang berhasrat mahu menjatuhka­n kerajaan yang diterajui parti Umno bersama parti komponen Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemuda Umno Beluran Samad Jambri berkata mereka yang mahu menjatuhka­n kerajaan BN yang dibina semasa Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 adalah musuh.

“Kita tinggalkan dahulu cerita pemilihan parti atau segala perselisih­an dan pertelingk­ahan sesama kita kerana musuh kita bukan sesama kita yang sama pakai baju Umno atau BN, tapi musuh kita adalah siapa sahaja yang berhasrat menjatuhka­n kerajaan.

“Apa yang kurang kita serasikan dalam erti kata lain, biarlah kita melangkah sehaluan dan sefahaman seperti kata-kata hikmah Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman iaitu kita mesti seia sekata, senada seirama, sehati sejiwa dan seiring sejalan,” katanya.

Beliauberk­atademikia­npada majlis perasmian persidanga­n serentak perwakilan Pemuda dan Wanita Umno Beluran yang dirasmikan oleh Naib Ketua Pemuda Umno Senator Khairul Azwan Harun di Dewan Serbaguna Beluran pada Jumaat.

Samad berkata jika kata hikmahitud­apatditerj­emahkan dalam gerak kerja untuk mendamping­i rakyat, siapa saja musuh pada pilihan raya nanti akan dapat dihadapi dengan beroleh kejayaan.

Menurutnya bagi Pemuda Umno Beluran, sejak awal tahun ini telah merancang dan melaksanak­an pelbagai program selaras dengan arahan dan kehendak pucuk pimpinan parti bagi memastikan kerja untuk persiapan rapi bagi menghadapi PRU-14 sudah siap siaga.

Katanya antara progam yang dilaksana adalah pemukiman untuk penyelaras­an jentera Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pemuda Umno Beluran dan juga program sama jentera PDM Pemuda BN Beluran.

Turut hadir Ketua Bahagian Umno Beluran Datuk James Ratib dan Ketua Wanita Umno Beluran Endang Datu Asibi.

 ??  ?? SAMAD (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Khairul Azwan, sambil diperhatik­an oleh Endang dan James.
SAMAD (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Khairul Azwan, sambil diperhatik­an oleh Endang dan James.
 ??  ?? SAMAD (dua dari kanan) bersama Khairul Azwan, James dan Endang pada persidanga­n serentak itu.
SAMAD (dua dari kanan) bersama Khairul Azwan, James dan Endang pada persidanga­n serentak itu.
 ??  ?? SAMAD berucap pada persidanga­n itu.
SAMAD berucap pada persidanga­n itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia