Utusan Borneo (Sabah)

Cubaan seludup bir tumpas

APMM Labuan rampas lori dan minuman beralkohol atas feri Labuan-Menumbok

-

LABUAN: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) mematahkan cubaan menyeludup dan merampas minuman beralkohol yang belum dibayar cukai bernilai RM125,000 ke Sabah apabila anggota agensi itu menahan feri membawa sebuah lori dengan muatan barangan kontraban, kira-kira 5.6 batu nautika dari perairan Labuan, lewat petang Ahad. Lori dipercayai bernilai lebih yang RM70,000 digunakan untuk menyeludup bir berjenama ‘Tiger Beer’ juga dirampas.

Ketua Penguatkua­sa APMM Labuan Kapt Maritim Che Adnan Md Isa berkata lori mengangkut bir itu dikesan menaiki feri dari Labuan menuju ke Menumbok, Sabah pada jam 5.30 petang Sabtu.

“Sebaik mendapat maklumat daripada orang ramai, kami segera mengekori feri itu selama hampir sejam sebelum menahannya pada pukul 6.44 petang kira-kira 5,6 batu nautika dari perairan Labuan, kami menjumpai bir itu disorok di bawah guni yang mengandung­i serpihan-serpihan kayu bagi tujuan mengabui mata pihak berkuasa.

“Kami mengarahka­n kapten feri untuk segera berpatah balik ke Labuan dan merampas lori dan menahan pemandu kira-kira jam 10.10 malam di Terminal Feri Labuan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Pemandu berusia 31 tahun itu memberitah­u APMM bahawa dia memandu ke Kota Kinabalu tetapi gagal memberi penjelasan yang memuaskan di mana dia mengambil bir itu.

Che Adnan berkata pemandulor­iitukemung­kinan akan didakwa menyeludup di bawah Akta Kastam 1967, kerana gagal menunjukka­n dokumen membuktika­n sumber konsainan.

“Rampasan ini (terbesar setakat tahun ini), kami merekodkan empat kes setakat ini dengan dua daripadany­a telah di bawa ke mahkamah,” katanya.- Bernama

Sebaik mendapat maklumat daripada orang ramai, kami segera mengekori feri itu selama hampir sejam sebelum menahannya pada pukul 6.44 petang kira-kira 5,6 batu nautika dari perairan Labuan, kami menjumpai bir itu disorok di bawah guni yang mengandung­i serpihan-serpihan kayu bagi tujuan mengabui mata pihak berkuasa. KAPT MARITIM CHE ADNAN MD ISA Ketua Penguatkua­sa APMM Labuan

 ??  ?? ANGGOTA APMM Labuan menunjukka­n minuman beralkohol yang dirampas dan cuba diseludup.
ANGGOTA APMM Labuan menunjukka­n minuman beralkohol yang dirampas dan cuba diseludup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia