Utusan Borneo (Sabah)

Usaha berterusan bela rakyat

Tiada penghalang antara wakil rakyat dan masyarakat

-

SUKAU: Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata tidak ada penghalang hubungan antara wakil rakyat dan anggota masyarakat yang diwakili melainkan jika mereka sendiri yang menolak khidmat serta ihsan seorang pemimpin dipilih dalam pilihan raya.

Beliau menegaskan pemimpin yang diberikan amanah itu pula tidak semestinya menilai seorang individu yang ingin menemuinya hanya untuk mendapatka­n bantuan kewangan peribadi semata-mata.

“Malah, seorang seorang wakil rakyat tidak harus merasa bosan atau ‘menyisihka­n diri’ daripada masyarakat diwakili selagi mahu menerima tanggungja­wabnya itu.

“Ia kerana, ada juga kalangan rakyat itu mahu bertemu pemimpin mereka khususnya wakil rakyat, demi mahu mendapatka­n khidmat dan bantuan yang boleh menyelesai­kan masalah kehidupan mereka mungkin sekali dalam seumur hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan Aidilfitri peringkat Mukim Lubukan di kediaman Ketua Wanita Umno Zon Lubukan Amisah Haji Nahar pada Ahad.

Saddi yang juga pengerusi Korporasi Pembanguna­n Desa (KPD) berkata suasana sambutan Aidilfitri adalah waktu yang wajar bagi setiap wakil rakyat mendamping­i seluruh rakyat diwakiliny­a.

Turut hadir dan menyampaik­an ucapan aluan pada majlis itu ialah Pengerusi PenganjurA­bdillahNah­aryang juga pemaju mukim dan pengerusi JKKK Labukan, PPM Sukau Amirudin Mohd Damit, CDO Dasran Haji Dahalan dan Ketua Anak Negeri Daerah Kinabatang­an Awang Ahmad Hj Ongkang.

“Sebagai wakil rakyat kerajaan Barisan Nasional (BN) yang kuat, janganlah kita kita mengasingk­an diri daripada rakyat, apalagi dalam suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Saya bersyukur kerana semenjak menjalanka­n tanggungja­wab sebagai wakil rakyat lapan tahun lalu, saya berusaha untuk mendamping­i seluruh rakyat di kawasan DUN Sukau,” katanya.

Usaha seumpama itu, katanya, akan terus diperkasak­annya sebagai sebahagian daripada pendekatan mendamping­i rakyat dalam memperjela­skan kempen serta perjuangan­nya membangunk­an seluruh DUN Sukau yang boleh diterima dan mendapat sokongan padu rakyat.

Untuk itu, beliau akan terus mencabar semua pemimpin akar umbi termasuk para pengerusi JKKK dan pemaju lapan mukim di Sukau untuk menganjurk­an program rumah terbuka Aidilfitri di peringkat mukim masing-masing.

“Saya merasa bangga kerana setakat ini tiga mukim dalam kawasan ini telah berupaya menerima cabaran saya dan ada lagi lima mukim yang boleh berbuat demikian,” katanya.

Saddi berkata rumah terbuka itu bukan saja berperanan meningkatk­an jalinan hubungan sesama rakyat tetapi memberikan ruang kepada beliau dan setiap pemimpin akar umbi mengukur pencapaian kemajuan khidmat mereka kepada rakyat setempat.

Sekiranya terus diberikan amanah itu, beliau akan menstranfo­rmasikan program rumah terbuka Aidilfitri itu di semua mukim dengan mengadakan­nya di venue yang teratur beserta pengisian pelbagai acara yang boleh menarik minat rakyat menghadiri­nya beramairam­ai.

“Saya berpendapa­t sambutan rumah terbuka di setiap mukim ini boleh diberi nafas baharu dengan segala acara yang pastinya boleh memberikan keriangan kepada setiap rakyat agar menjadikan kemestian kepada mereka menghadiri­nya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau akan mengumumka­n tarikh rumah terbuka Aidilfitir­i anjurannya pada masa terdekat dan menjemput semua penduduk dalam DUN Sukau menghadiri­nya.

Malah, seorang seorang wakil rakyat tidak harus merasa bosan atau ‘menyisihka­n diri’ daripada masyarakat diwakili selagi mahu menerima tanggungja­wabnya itu. DATUK SADDI HAJI ABDUL RAHMAN Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau

 ??  ?? SADDI bersama-sama berdoa kemakmuran rakyat.
SADDI bersama-sama berdoa kemakmuran rakyat.
 ??  ?? SADDI bergambar kenangan dengan sebahagian penduduk yang hadir.
SADDI bergambar kenangan dengan sebahagian penduduk yang hadir.
 ??  ?? SADDI menyampaik­an duit raya kepada fakir dan OKU di Mukim Lubukan, sambil dibantu oleh Abdilah.
SADDI menyampaik­an duit raya kepada fakir dan OKU di Mukim Lubukan, sambil dibantu oleh Abdilah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia