Utusan Borneo (Sabah)

Zambry nafi Adun Kubu Gajah mahu lompat parti

-

IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada Isnin menyangkal desas-desus Anggota Dewan Undangan Negeri Kubu Gajah Ahmad Hasbullah Alias tidak mahu bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana mahu menyertai parti lain.

Sebaliknya kata Zambry beliau difahamkan wakil rakyat itu masih sayangkan UMNO namun mahu bersara.

“Beliau tidak memaklumka­n kepada saya secara rasmi, cuma beliau memikirkan masa untuk berkhidmat sudah sampai ke penghujung­nya... seperti saya umumkan sebelum ini ada dalam kalangan Ahli Berhormat menyatakan hasrat untuk tidak bertanding,” katanya kepada pemberita selepas bersiaran secara langsung menerusi Radio PerakFM, di sini pada Isnin.

Ditanya sama ada Barisan Nasional akan memujuk Ahmad Hasbullah agar mengubah keputusann­ya memandangk­an beliau calon popular, Zambry berkata pihaknya akan menimbang perkara itu dari semua aspek. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia