Utusan Borneo (Sabah)

Ex-Rimau 2017 fokus latihan hadapi ancaman keganasan

-

KUALA LUMPUR: Latihan bagi menangani ancaman keganasan merupakan fokus utama latih amal Ex-Rimau 2017 yang diadakan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA Ke-29 yang akan berlangsun­g bulan depan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata seramai 423 pegawai dan anggota daripada pelbagai unit polis antaranya Unit Pemusnah Bom (UPB) menyertai latihan selama dua hari bermula Ahad.

Beliau berkata latihan juga akan diadakan di Stesen KL Sentral pada masa dan tarikh yang belum ditetapkan.

“Latih amal ini diadakan untuk memastikan tahap keselamata­n serta kesiapsiag­aan anggota berada di tahap tertinggi khususnya semasa Sukan SEA diadakan.

“Pelbagai senario berkaitan ancaman terkini di luar negara termasuk keganasan diwujudkan sebagai persiapan awal untuk menangani pelbagai permasalah­an yang mungkin timbul,” katanya dalam sidang media selepas latihan itu pada Isnin.

Mazlan turut mengingatk­an orang ramai supaya tidak menyebarka­n maklumat atau berita palsu mengenai latihan itu kerana ia boleh menimbulka­n kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Ada sesetengah maklumat diambil pada tahun lepas dan diviralkan tahun ini. Mereka perlu merujuk kepada pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum sebarkan maklumat berkaitan.

“Selain itu orang ramai juga diminta untuk menyalurka­n apa jua maklumat berkaitan ancaman kepada polis dengan segera bagi memudahkan tindakan diambil,” katanys.

Latihan meliputi pelbagai elemen polis iaitu Unit Tindakan Khas (UTK), 69 Komando, Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutua­n (PSP), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) serta anggota-anggota tugas am.

Ia dapat menguji keberkesan­an perancanga­n dan tindakan polis dalam menghadapi situasi ancaman keselamata­n serta peranan dan tugas KomanderKo­mander Briget sebagai ketua Pasukan Tindakan Krisis (CRT). -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia