Utusan Borneo (Sabah)

Culik tauke restoran

Dua pengganggu­r dihadapkan ke mahkamah

-

KLUANG: Dua pengganggu­r dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas pertuduhan menculik seorang tauke restoran bulan lepas.

Tertuduh B. Haresh, 26, dan M.J Richardass, 28 dan K Prem Rao, 26, yang kini masih bebas didakwa melakukan kesalahan itu secara bersama pada 29 Jun lepas kira-kira 6 pagi semasa mangsa, seorang lelaki berusia 32 tahun, dalam perjalanan ke rumahnya di Simpang Renggam dekat sini.

Kedua-dua mereka dituduh mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup atau dikenakan sebatan.

Kedua-duanya hanya mengangguk faham dan tidak membuat sebarang pengakuan ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Muhammad Hidayat Wahab.

Kedua-dua tertuduh juga tidak dibenarkan diikat jamin.

Mahkamah menetapkan sebutansem­ulakespada­7Ogos depan bagi mengemukak­an laporan-laporan berkaitan termasuk laporan kimia.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Afiq Zuber manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Bernama

 ??  ?? DUA penganggur B.Haresh, 26, (dua, kiri) dan M.J Richardass, 28, (tiga, kiri) dihadapkan di Mahkamah Majistret pada Isnin atas pertuduhan menculik seorang pemilik restoran pada 29 Jun lalu. Manakala seorang lagi suspek K. Prem Rao (gambar sisipan...
DUA penganggur B.Haresh, 26, (dua, kiri) dan M.J Richardass, 28, (tiga, kiri) dihadapkan di Mahkamah Majistret pada Isnin atas pertuduhan menculik seorang pemilik restoran pada 29 Jun lalu. Manakala seorang lagi suspek K. Prem Rao (gambar sisipan...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia