Utusan Borneo (Sabah)

Trend kemalangan libatkan bahan kimia membimbang­kan

-

KUALA TERENGGANU: Trend kemalangan melibatkan bahan kimia yangmencat­atkanpenin­gkatansaba­n tahun semakin membimbang­kan, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.

Katanya dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini sebanyak 1,297 kes telah direkodkan di seluruh negara dan kebanyakan kes membabitka­n bahan kimia seperti petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan produk-produk petroleum yang lain.

“Sepanjang tahun lepas, sebanyak 1,869 kes telah dicatatkan dengan membabitka­n 28 kecederaan. Paling banyak kes bahan petrol akibat tumpahan minyak, kes kemalangan jalan raya dan sebagainya,” katanya di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pengendali­an Bahan Kimia Berbahaya yang dihadiri 500 pemain industri petroleum dari seluruh negara.

Sementara itu, Wan Mohd Noor berkata pasukan bomba juga perlu berdepan dengan cabaran untuk mendalami dan memahami jenis-jenis bahan kimia sebelum melakukan operasi bagi mengelak sebarang kesilapan.

Berikutan itu katanya, penganjura­n seminar berkenaan adalah tepat pada masanya dan ia mampu memberi pendedahan dan persediaan tindakan kecemasan yang boleh dilakukan.

“Jika berlaku kejadian di tempat masing-masing, mereka dapat memberikan tindakan awal sementara menunggu pihak bomba tiba.

“Pemain industri juga turut mengambil inisiatif sendiri dengan menubuhkan skuad pencegahan bahan kimia, setakat ini dua telah diwujudkan iaitu di Pasir Gudang, Johor dan Gebeng, Pahang,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia