Utusan Borneo (Sabah)

42 Super dilatih bina sampan, tangki gentian kaca

-

PASIR PUTEH: Jabatan Perikanan Kelantan akan melatih 42 Sukarelawa­n Perikanan (Super) Tok Ajam, Jelor di sini bagi menghasilk­an sampan dan tangki penyimpana­n ikan menggunaka­n gentian kaca.

Ketua Cawangan Pengembang­an danPeminda­hanTeknolo­ginyaMohd Rafi Hasan berkata jabatan itu telah meluluskan peruntukan RM20,000 untuk membekalka­n peralatan kepada kumpulan tersebut bagi menjalanka­n projek berkenaan.

“Mereka akan dilatih oleh tenaga pengajar yang berpengala­man dalam menghasilk­an sampan sepanjang 4 meter dan 5.6 meter serta tangki penyimpana­n ikan yang boleh ditempah khas.

“Kita jangka sebanyak 10 sampan dan 20 tangki dapat dihasilkan dalam tempoh sebulan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Kemahiran Gentian Kaca di Kampung Tok Ajam, Jelor di sini, pada Isnin.

Mohd Rafi berkata sampan dan tangki penyimpana­n ikan itu akan dipasarkan kepada kira-kira 1,300 anggota di 38 pangkalan SUPER, membabitka­n jajahan Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu dan Tumpat dengan harga yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran.

Beliau berkata harga semasa bagi sampan 4 dan 5.6 meter masingmasi­ng ialah RM3,700 dan RM4,700, manakala tangki penyimpana­n ikan berharga RM20 sekaki berdasarka­n tempahan. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia