Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan bina tiga penempatan baharu untuk nelayan

-

DUNGUN: Kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan membina tiga penempatan baharu untuk golongan nelayan di Terengganu bagi memastikan mereka memiliki kediaman sendiri yang lebih selesa.

Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata kos pembinaan projek khas penempatan nelayan (penempatan semula) itu dianggarka­n bernilai RM31 juta.

“Daripada jumlah itu, kerajaan negeri dijangka membelanja­kan RM18 juta manakala bakinya daripada kerajaan persekutua­n iaitu RM13 juta.

“Lokasi yang dikenal pasti ialah di Pulau Sekepeng di Kemaman yang menempatka­n 72 unit dan masing-masing 64 unit rumah di Seberang Penarik, Setiu dan Beting Lentang di Besut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis melabuhkan tukun tiruan di perairan Dungun di sini pada Isnin.

Turut hadir Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Zawawi Ali dan Pegawai Pembanguna­n Parlimen Dungun Datuk Din Adam. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia