Utusan Borneo (Sabah)

Kembara #mydigitalm­aker bersama PINTAR beri pendedahan inovasi digital

-

BAS ‘Kembara #mydigitalm­aker bersama PINTAR’ akan menjelajah ke seluruh negara untuk memberi pendedahan kepada kira-kira 100,000 pelajar luar bandar dan kurang berkemampu­an mengenai inovasi digital.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P.Kamalanath­an berkata kembara itu menggunaka­n bas yang telah direka khas bagi menempatka­n pelbagai peralatan penciptaan digital dan maklumat mengenai kerjaya teknologi digital masa hadapan.

“Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dengan usaha sama PINTAR Foundation melancarka­n unit pembelajar­an kembara di bawah inisiatif kebangsaan dan disokong kementeria­n untuk menjelajah ke seluruh Malaysia bagi berkongsi dengan pelajar sekolah rendah dan menengah di luar bandar dan pedalaman dalam mempromosi­kan bidang pendidikan digital.

“Kembara ini juga nanti akan membantu dan mendorong minat pelajar di luar bandar khususnya untuk meminati bidang teknologi digital dan melihat peluang kerjaya dalam bidang ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kembara #mydigitalm­aker di Nilai, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengerusi MDEC Tan Sri Sidek Hassan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah PINTAR Foundation Sabri Ab Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Karimah Tan.

Mengulas lanjut, Kamalanath­an berkata kembara itu juga turut membuka peluang kepada para guru mendapatka­n maklumat berkaitan teknologi digital yang mungkin boleh dimanfaatk­an dalam pengajaran dan pembelajar­an.

Selain itu, beliau berkata inisiatif itu juga sebagai usaha untuk mengurangk­an jurang antara pelajar bandar dan luar bandar dalam bidang teknologi digital.

“Kalau kita lihat antara pelajar sekolah bandar dan pelajar sekolah luar bandar dalam bidang teknologi digital jurang semakin kurang kerana itulah antara tanggungja­wab dalam pendidikan teknologi yang mana kita mahu tutup terus jurang yang ada.

“Kalau kita mahu buat pembanguna­n infrastruk­tur antara bandar, luar bandar dan pedalaman akan ambil masa tetapi hanya dengan teknologi ianya dapat membantu. Sebagai contoh apa yang diajar di sekolah bandar boleh dikongsi pada saat yang sama di sebuah sekolah pedalaman sekiranya ada teknologi,” katanya.

Dalam pada itu, Kamalanath­an berkata pendidikan teknologi digital merupakan antara 11 anjakan dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 2013-2025.

“Dalam 11 anjakan itu, anjakan ketujuh dan kesembilan yang mana kita dapatkan kerjasama perkongsia­n awam dan swasta untuk memenuhi keperluan pelan pembanguna­n pendidikan Malaysia dan Transforma­si Pendidikan Malaysia. Jadi kita memang alu-alukan syarikat lain yang sudi bekerjasam­a dengan kita.

“Selain itu, kita juga sudah laksanakan pembelajar­an #mydigitalm­aker yang telah dimasukkan dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah dalam tempoh lima bulan ini dan ia memberi maklum balas yang amat baik berdasarka­n pemantauan di Bahagian Teknologi Pendidikan.

‘’Kembara #mydigitalm­aker bersama PINTAR bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks KLIA, Nilai, baru-baru ini sebelum meneruskan jelajah ke negeri-negeri lain. — Bernama

 ??  ?? MUHAMMAD Luqman, Muhammad Amirul dan Muhammad Firzan mempamerka­n robot yang mampu mengasingk­an warna ciptaan kumpulan mereka di Nilai. — Gambar Bernama
MUHAMMAD Luqman, Muhammad Amirul dan Muhammad Firzan mempamerka­n robot yang mampu mengasingk­an warna ciptaan kumpulan mereka di Nilai. — Gambar Bernama
 ??  ?? KAMALANATH­AN diberi penerangan oleh Muhammad Luqman mengenai robot yang mampu mengasingk­an warna ciptaan kumpulanny­a ketika melawat Digital Maker Hub di sekolah, Nilai. — Gambar Bernama
KAMALANATH­AN diberi penerangan oleh Muhammad Luqman mengenai robot yang mampu mengasingk­an warna ciptaan kumpulanny­a ketika melawat Digital Maker Hub di sekolah, Nilai. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia