Utusan Borneo (Sabah)

UUM jalin kerjasama dengan Persatuan Pelanconga­n Langkawi,

Adya Hotel

-

Pengajian Pengurusan Pelanconga­n, Hospitalit­i dan Alam Sekitar (STHEM) Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini menjalin kerjasama dengan dua pihak berkaitan dalam bidang pelanconga­n.

UUM dalam kenyataan berkata kerjasama dengan Persatuan Pelanconga­n Langkawi (LTA) menerusi memorandum persefaham­an (MoU) di sini bertujuan untuk menyediaka­n latihan kepada anggotanya yang terlibat dalam perniagaan pelanconga­n.

MoU dengan Adya Hotel pula meliputi kerjasama dalam perundinga­n, penyelidik­an dan

PUSAT

penempatan latihan industri, termasuk pengiktira­fan atau pensijilan yang berkaitan dengan kakitangan PKB Hotel Management & Service di UUM.

Kerjasama ini bertujuan untuk melaksanak­an prosedur operasi standard (S.O.P) hotel Islamik yang akan diterajui PKB Hotel Management & Services.

Pada majlis itu UUM diwakili Naib Canselorny­a Prof Dato Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, manakala LTA diwakili Timbalan Pengerusin­ya Faiz Fahmi Sazali dan Adya Hotel Langkawi pula diwakili Pengerusi Adya Hotel dan PKB Hotel Management & Services Nor Saidi Nanyan.

Majlis itu disaksikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang turut merasmikan Pusat Penyelidik­an Hospitalit­i dan Pelanconga­n Antarabang­sa Langkawi (LITH), iaitu pusat penyelidik­an di bawah STHEM.

Pusat ini ditubuhkan bagi membentuk kerjasama antara agensi awam dan swasta dalam dan luar negara untuk melaksanak­an penyelidik­an berkualiti dan berimpak tinggi terutamany­a dalam bidang hospitalit­i dan pelanconga­n. — Bernama

 ??  ?? AHMAD Bashah menyaksika­n pertukaran dokumen perjanjian Memerandum Persefaham­an (MoU) antara Mohamed Mustafa (tengah) bersama Faiz (kiri) dan Nor Saidi di Langkawi. — Gambar Bernama
AHMAD Bashah menyaksika­n pertukaran dokumen perjanjian Memerandum Persefaham­an (MoU) antara Mohamed Mustafa (tengah) bersama Faiz (kiri) dan Nor Saidi di Langkawi. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia