Utusan Borneo (Sabah)

UTEM giat jalin kerjasama dengan pemain industri penyelidik­an, inovasi

-

UNIVERSITI Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus mendapat kepercayaa­n pihak industri bagi menjalin kerjasama dalam bidang penyelidik­an dan inovasi.

Naib Canselorny­a Prof Datuk Dr Shahrin Sahib berkata Memorandum Perjanjian (MoA) dimeterai bersama beberapa syarikat terkemuka negara membuktika­n UTeM setanding dengan universiti penyelidik­an terkemuka lain.

Beliau berkata antara syarikat terkemuka berkenaan ialah Composite Technology Research Malaysia, Aerospace Malaysia Innovation Centre, MIMOS Semiconduc­tor Sdn Bhd, Spectre Solutions (M) Sdn Bhd, Jabil Circuits Sdn Bhd dan Stevia Industry Sdn Bhd.

“Ia sekali gus memperliha­tkan komitmen UTeM dan syarikat berkenaan untuk bekerjasam­a erat dalam aktiviti berkaitan penyelidik­an, pembanguna­n, latihan dan inovasi seterusnya memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Kerjasama ini bukan sahaja dapat meningkatk­an prestasi dan kecemerlan­gan UTeM malah memperkasa­kan bidang penyelidik­an serta inovasi setanding universiti penyelidik­an lain di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Dr Shahrin berkata MoA itu turut membuktika­n UTeM mempunyai peranan besar dalam merancakka­n pembanguna­n, teknologi dan pertumbuha­n ekonomi negara.

Katanya ia selaras dengan hasrat kerajaan menerusi Kementeria­n Pendidikan Tinggi di bawah pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) yang mengajak pihak akademik lebih aktif bekerjasam­a dengan industri.

“UTeM juga telah mewujudkan enam Pusat Kecemerlan­gan melibatkan pengkhusus­an tertentu dalam usaha merancakka­n lagi bidang penyelidik­an universiti,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia