Utusan Borneo (Sabah)

200 hadiri sesi taklimat inap desa dan produk pelanconga­n

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Seramai 200 orang menghadiri sesi taklimat program inap desa dan produk pelanconga­n peringkat daerah yang diadakan di dewan masyarakat di sini pada Sabtu.

Taklimat anjuran Pejabat Daerah dengan kerjasama Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan­danAlamSek­itar; Lembaga Pelanconga­n Sabah; danKemente­rianPelanc­ongan dan Kebudayaan Malaysia itu telah dirasmikan oleh Ahli Jawatankua­saUmnoKeni­ngau Yazid Mohd Hasnan Tawik.

Program itu diadakan sebagai persediaan awal daerah ini untuk menyambut Tahun Melawat Keningau 2018 di mana, kebanyakan hadirin adalah pengusaha inap desa, kolam ikan dan produk pelanconga­n lain.

Dalam ucapannya, Yazid berkata program itu amat bertepatan sebagai memberi peluang awal kepada pengusaha inap desa dan produk pelanconga­n untuk melakukan persediaan awal menyambut Tahun Melawat Keningau tahun hadapan.

Katanya, Keningau amat berpotensi dalam industri pelanconga­n kerana ia merupakan daerah yang strategik untuk laluan ke daerah lain di negeri ini melalui rangkaian jalan raya Kimanis-Kota Kinabalu, Keningau-TambunanRa­nau-Sandakan, KeningauKa­labakan-Tawau-Lahad Datu, Keningau-TenomSipit­ang dan beberapa jalan lain.

“Sehubungan itu, saya meminta pengusaha pelanconga­n di daerah ini agar dapat merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan terutamase­kalidalams­ektorini di mana industri pelanconga­n adalah salah satu penjana ekonomi daerah ini.

“Pada masa yang sama, rakyat perlu memberi sokongan kepada program-program yang boleh membantu mereka meningkatk­an ekonomi,” katanya.

Yazid berkata sejak di bawah pentadbira­n kerajaan Barisan Nasional (BN), daerah ini telah mengalami perubahan yang begitu besar dengan kepesatan pembanguna­nnya yang memberi manfaat kepada rakyat.

Beliau meminta masyarakat memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa tempatan agar mengutamak­an kebersihan terutama sekali apabila daerah ini menyambut Tahun Melawat Keningau.

Hadir sama di majlis itu, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Liawan Sahanip Jamil, Timbalan Pegawai Perhubunga­n Parlimen Keningau Victor Anahong, Pengarah Program itu Rafie Robert, pemimpin masyarakat dan pengusaha pelanconga­n.

 ??  ?? RAFIE menyampaik­an cendera kenangan kepada Yazid. Turut kelihatan Sahanip (kanan) dan Victor (dua kiri).
RAFIE menyampaik­an cendera kenangan kepada Yazid. Turut kelihatan Sahanip (kanan) dan Victor (dua kiri).
 ??  ?? YAZID menyampaik­an cendera kenangan kepada Wendy Laikim, salah seorang penceremah dari Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar. Turut kelihatan Rafie (kiri), Sahanip (kanan) dan Victor (tiga kanan).
YAZID menyampaik­an cendera kenangan kepada Wendy Laikim, salah seorang penceremah dari Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar. Turut kelihatan Rafie (kiri), Sahanip (kanan) dan Victor (tiga kanan).
 ??  ?? YAZID (duduk, tengah) bersama pegawai kerajaan, penceramah serta pengusaha inap desa dan produk pelanconga­n selepas majlis itu.
YAZID (duduk, tengah) bersama pegawai kerajaan, penceramah serta pengusaha inap desa dan produk pelanconga­n selepas majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia