Utusan Borneo (Sabah)

SMK Taman Perumahan Bedaun ungguli Pertanding­an KIK

-

LABUAN: Kumpulan Sejiwa SMK Taman Perumahan Bedaun mengunggul­i Pertanding­an Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan 2017.

Pasukan itu membentang­kan tajuk ‘Kesukaran mengumpal data disiplin bagi rujukan pentadbir dan unit disiplin untuk membuat tindakan’.

Dengan kejayaan itu, kumpulan itu membawa pulang sijil kemenangan seterusnya akan mewakili Labuan ke Konvensyen KIK Kementeria­n Pendidikan Malaysia peringkat kebangsaan pada Oktober nanti.

Kumpulan Sejiwa diwakili Juraidah Aman, Suzaina Chee, Suridah Sabran, Suraya Abdul Rahman, Nur Ashikin Ismahun, Ahmad Fitry Ismail, Ivan Lai dan Gabriel Chin Vui Wen.

Naib johan disandang Kumpulan The Green Synergy SMK Labuan dengan tajuk pembentang­an ‘Borang Sibers 1.0 (Sijil Berhenti Sekolah)’.

Manakala tempat ketiga diraihKump­ulanRainbo­wSK Pantai yang membentang­kan ‘Rainbow Meramorpho­sis’.

Kumpulan 10 Star RG dari SKPekanSat­udanSMKPan­tai IBWS menerima hadiah saguhati selepas masingmasi­ng membentang­kan ‘Menangani displin Pelajar pada Waktu Rehat’ dan ‘Masalah Pengurusan Masa Mesyuarat’.

Sebanyak lima kumpulan menyertai KIK pada tahun ini.

Pertanding­an itu diadili tiga orang juri iaitu Penolong Penguasa Bomba Labuan Pain Muzal selaku ketua juri, Pegawai Perbadanan Labuan Edzrina Tamin dan Pegawai Pendidikan (SISC+) Suriani Alland Rice Oxley.

Majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Pengarah Pendidikan Labuan Raisin Saidin di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Labuan, Jalan Sungai Lada pada Sabtu.

Turut hadir, Ketua Sektor Jaminan Kualiti Khaziyati Osman, ketua-ketua sektor, pengetua dan guru besar.

 ??  ?? RAISIN menyampaik­an sijil juara kepada Kumpulan Sejiwa SMK Taman Perumahan Bedaun.
RAISIN menyampaik­an sijil juara kepada Kumpulan Sejiwa SMK Taman Perumahan Bedaun.
 ??  ?? NAIB johan dimenangi Kumpulan The Green Synergy SMK Labuan.
NAIB johan dimenangi Kumpulan The Green Synergy SMK Labuan.
 ??  ?? (gambar bawah) RAISIN (tengah), Khaziyati dan Pain (kanan) bersama kumpulan yang menyertai Pertanding­an KIK peringkat Jabatan Pendidikan Labuan.
(gambar bawah) RAISIN (tengah), Khaziyati dan Pain (kanan) bersama kumpulan yang menyertai Pertanding­an KIK peringkat Jabatan Pendidikan Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia