Utusan Borneo (Sabah)

Pameran Terengganu Nelang sasar 50,000 pengunjung

-

KUALA TERENGGANU: Pameran Terengganu Nelang anjuran Lembaga Muzium Negeri Terengganu menyasarka­n 50,000 pengunjung­yangberlan­gsung pada Ahad hingga 31 Dis.

Pegawai Perhubunga­n dan Pemasaran muzium Mohd Saberi Muda berkata perkataan ‘nelang’ atau ‘hanelang’ merupakan dialek tempatan yang bermaksud handal, bengkeng atau tidak mahu kalah manakala Kamus Dewan Edisi Ketiga mentafsirk­an sebagai ‘handalan’ sebagai dapat dipercayai atau dapat diharapkan; setia, pandai dan bijak dalam permainan dan lain-lain.

“Nelang merupakan satu istilah yang merujuk kepada sikap luar biasa sikap dan nilai orang Terengganu sehingga diterima dan difahami sebagai sikap istimewa yang ada pada orang Terengganu.

“Bidang sukan menjadi fokus tumpuan pameran ini apabila Terengganu mencatat sejarah dalam pelbagai bidang kesukanan di pelbagai peringkat termasuk negeri, nasional, antarabang­sa malah ke peringkat olimpik yang sudah tentu diwakili anakanak atau warga nelang negeri Terengganu,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sebanyak 80 koleksi peribadi dari 35 atlet seperti medal dan pingat yang dimenangi mereka dipamerkan di Galeri Seni muzium.

Mohd Saberi berkata ini kali pertama pameran dibuat secara fokus kepada kecemerlan­gan anak Terengganu dalam bidang sukan.

“Antara keunikan pameran ini ialah terdapat satu dokumentas­i mengenai Allahyarha­m Kamaruddin Maidin iaitu anak Terengganu pertama mewakili negara ke Sukan Olimpik Rome 1960 bersama-sama Dr M. Jegathesan dan Dr Shaharudin Ali dalam sukan olahraga. “Di zaman kegemilang­annya pada tahun 1960-an, Kamaruddin merupakan atlet pertama negara yang memenangi lima pingat emas dalam lima Sukan SEA berturut-turut bermula 1959 dalam acara lompat jauh dan dua pingat emas dalam acara lompat kijang,” katanya yang yakin pameran itu dapat meningkatk­an motivasi generasi muda untuk melakar kejayaan dalam bidang sukan.

Kehebatan dan kenelangan Terengganu diketengah­kan kepada masyarakat untuk meningkat rasa penghargaa­n, patriotik di samping sumber kekuatan, inspirasi dan motivasi kepada rakyat Terengganu khususnya dan Malaysia amnya, katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia