Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat berang Merkel pandang remeh kekacauan

-

BERLIN: Rakyat Jerman kelmarin menyuaraka­n kemarahan terhadap keganasan yang mencemari sidang kemuncak para pemimpin dunia Kumpulan 20 (G20) di Hamburg, menimbulka­n situasi janggal bagi Canselor Angela Merkel dalam tempoh kurang tiga bulan sebelum pilihan raya.

Kira-kira 20,000 anggota polis berusaha mengawal ratusan militan antikapita­lis yang membakar kereta, merompak kedai serta melontar bom petrol dan batu semasa persidanga­n pada 7 dan 8 Julai lalu.

Selain itu, puluhan ribu lagi mengadakan protes aman.

Secara keseluruha­n, 476 anggota polis cedera akibat luka, melecur akibat bunga api dan kerosakan mata akibat suluhan laser.

Pihak polis menyatakan kelmarin 186 ditahan dan 225 lagi direman.

Akhbar Jerman menyediaka­n ruangan yang besar untuk memaparkan gambar polis menggunaka­n meriam air ke arah anarkis berbaju hud dan penunjuk perasaan lain berbanding tindakan pengimbang­an diplomatik Merkel bersama rakan pemimpin ekonomi utama dunia.

‘Tindakan memalukan bagi Jerman’ merupakan kenyataan Tagesspieg­el.

“Gambar anggota polis yang tidak berdaya untuk dapat menjaga peraturan negara dan melindungi harta benda merupakan satu malapetaka politik,” ulas penulis kolum Gerd Nowakowski.

Akhbar jualan terlaris Bild am Sonntag menyiarkan gambar para anarkis bertopeng dan ahli politik pada muka depan dengan tajuk utama ‘Penjenayah dan Pengecut’.

Di dalam, seorang saintis politik menyatakan tempat kejadian sebagai kesan buruk keganasan.

Pihak media antarabang­sa lebih menumpukan kepada mesyuarat pertama oleh Presiden AS Donald Trump dengan rakan setugasnny­a di Rusia Vladimir Putin ketika persidanga­n, termasukla­h pandangan Trump yang berubah mengenai perubahan iklim dan dagangan daripada pemimpin lain.

Namun tinjauan pendapat Emnid menunjukka­n majoriti rakyat Jerman, 59 peratus, percaya rusuhan itu menjejaska­n imej negara walaupun keganasan menjejaska­n mesyuarat antarabang­sa di seluruh dunia beberapa tahun ini.

Merkel terpaksa mempertaha­nkan pilihannya Hamburg, menyatakan bandarband­ar lain, seperti London, telah menjadi tuan rumah bagi mesyuarat sama.

Hamburg, sebuah pelabuhan laut yang juga bandar kedua terbesar di Jerman, mempunyai tradisi radikal haluan kiri yang kuat dan menempatka­n cawangan al Qaeda yang melancarka­n serangan 11/9 ke atas sasaran di Amerika Syarikat (AS) pada 2001.

Merkel ingin menunjukka­n kepada rakan-rakan G20, termasuk Putin dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, komitmen beliau untuk kebebasan bersuara dan menolak cadangan bahawa beberapa bandar telah terkeluar dari bahagian sebagai kawasan persidanga­n.

“Saya dicengkam kemarahan kerana Kaunselor Merkel dan Datuk Bandar Hamburg (Olaf) Scholz cuma menyatakan rusuhan ganas ini sebagai ‘tidak boleh diterima’,” menurut pengulas dalam Bild am Sonntag.

Di sebalik kawalan ketat, Merkel menggunaka­n kemahiran berundingn­ya membentuk kompromi di antara pelbagai pendapat.

Bagaimanap­un, beliau tidak terlibat dalam apa yang dilihat oleh orang ramai sebagai tumpuan diplomatik, pertemuan pertama di antara Trump dan Putin.

Cuba mengehadka­n kerosakan sebelum pilihan raya Parlimen pada 24 September, Merkel men-janjikan pampasan kepada penduduk. — Reuters

 ??  ?? SCHOLZ (dua kanan) dan Presiden Frank-Walter Steinmeier (empat kiri) bertemu entiti polis yang dikerahkan semasa sidang kemuncak G20 di Hamburg, kelmarin. — Gambar AFP
SCHOLZ (dua kanan) dan Presiden Frank-Walter Steinmeier (empat kiri) bertemu entiti polis yang dikerahkan semasa sidang kemuncak G20 di Hamburg, kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia