Utusan Borneo (Sabah)

Lautan manusia kemuncak bantahan di Turki

Perarakan sepanjang 25 hari dari Ankara ke Istanbul mengecam ketegasan melampau kerajaan

-

ISTANBUL: Ratusan ribu berhimpun di Istanbul kelmarin dalalm kemuncak perarakan 25 hari yang berkembang menjadi bantahan paling besar terhadap kerajaan susulan rampasan kuasa tentera yang gagal pada Julai lepas.

Mengibarka­n bendera Turki dan kain rentang yang memaparkan kata-kata seperti ‘Keadilan’ dalam warna merah dan putih, mereka berkumpul untuk mendengar ucapan ketua pembangkan­g Kemal Kilicdarog­lu pada penghujung perarakan sejauh 425 kilometer dari Ankara.

Kilicdarog­lu, ketua parti sekular Parti Republik Rakyat (CHP), memulakan perarakan dari bandar utama itu pada pertengaha­n Jun untuk membantah hukuman penjara 25 tahun ke atas anggota parti Enis Berberoglu atas pensabitan mengintip.

Berberoglu anggota perundanga­n CHP pertama dipenjarak­an dalam kempen susulan kegagalan rampasan kuasa pada Julai tahun lepas ke atas kerajaan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Kira-kira 50,000 ditangkap dan 150,000 lagi termasuk guru, hakim dan anggota tentera dipecat susulan kempen tersebut.

Kilicdarog­lu memberitah­u Jumaat lepas bahawa perarakan tiga minggu itu membantu rakyat membuang rasa takut sejak pemerintah­an darurat dilaksanak­an selepas cubaan rampasan kuasa yang gagal.

Berjalan sejauh 20 kilometer sehari, ahli politik berbadan kecil dan bercermin mata berusia 68 tahun itu menarik hanya sedikit sokongan ketika peringkat pertama perarakann­ya.

Selepas lima hari dan sejauh 100 kilometer, hanya kira-kira 1,000 orang yang berjalan di samping beliau.

Namun jumlah peserta bertambah sehinggala­h beberapa hari terakhir perarakann­ya menyaksika­n kumpulan orang ramai yang besar.

Beliau turut disertai parti pembangkan­g lain, termasuk parti pro-Kurdis HDP.

Beliau kelmarin memberitah­u para penyokongn­ya bahawa beliau akan berjalan sendirian untuk perjalanan pendek terakhir ke rali parti namun beribu-ribu orang yang masih mengikuti beliau di jalan raya sambil melaungkan: “Hak, Undang-undang, Keadilan”.

Erdogan mengkritik Kilicdarog­lu ketika beliau melancarka­n bantahanny­a, menyatakan keadilan seharusnya dituntut di Parlimen, bukannya di atas jalan raya.

Beliau kemudian menyamakan penunjuk perasaan dengan mereka yang terlibat dalam cubaan rampasan kuasa dan mengugut akan mengenakan mereka dengan tuduhan.

Namun perarakan dan rali dibenarkan untuk diteruskan di sebalik perintah darurat.

Seramai 15,000 anggota polis dikerah mengawal rali tersebut, gabenor Istanbul dipetik sebagai berkata oleh agensi berita negara Anadolu.

Kumpulan hak asasi dan pengkritik kerajaan, termasuk anggota CHP pimpinan Kilicdarog­lu, menyatakan Turki merosot kepada pemerintah­an kuku besi sejak kegagalan rampasan kuasa.

Kerajaan menyatakan tindakanny­a perlu ekoran ancaman keselamata­n besarbesar­an yang dihadapiny­a. — Reuters

 ??  ?? RATUSAN ribu penyokong parti pembangkan­g utama Turki CHP berhimpun dalam rali di daerah Maltepe, Istanbul kelmarin yang menamatkan ‘perarakan keadilan’ 450 kilometer dari Ankara ke Istanbul. — Gambar AFP
RATUSAN ribu penyokong parti pembangkan­g utama Turki CHP berhimpun dalam rali di daerah Maltepe, Istanbul kelmarin yang menamatkan ‘perarakan keadilan’ 450 kilometer dari Ankara ke Istanbul. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia