Utusan Borneo (Sabah)

Lake District di Britain dinamakan tapak warisan dunia

-

WARSAW: Lake District di Britain, hutan liar indah yang menjadi inspirasi penyajak dan artis seperti William Wordsworth dan Beatrix Potter, dinamakan kelmarin sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.

Mesyuarat badan kebudayaan PBB itu hujung minggu ini di Krakow memuji pemandanga­n yang amat menakjubka­n di wilayah itu termasuk kaitannya dengan seni dan kesusaster­aan Era Romantik.

“Keutamaan istimewa Lake District terletak pada interaksi di antara pengaruh sosial, ekonomi, kebudayaan dan alam sekitar,” menurutnya.

Dianggap sebagai inspirasi pergerakan Romantika British yang diasaskan Wordsworth, Samuel Taylor Coleridge dan Robert Southey, wilayah itu adalah tapak ke31 seumpamany­a di Britain.

John Glen, menteri kesenian, warisan dan pelanconga­n, menyatakan status baharu itu akan meningkatk­an reputasi antarabang­sa Lake District dan memberi kebaikan kepada penduduk tempatan.

“Ia merupakan bahagian unik di dunia yang menggabung­kan komuniti perladanga­n dengan ribuan tapak arkeologi serta bangunan yang memberikan pemandanga­n menakjubka­n mengenai kisah silam kami,” kata beliau. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia