Utusan Borneo (Sabah)

San Fermin masuk hari keempat, dua cedera ringan

-

PAMPLONA: Dua cedera ringan namun tiada yang telah dirodok semalam pada hari keempat bagi perayaan San Fermin di mana 12 ekor lembu jantan mengejar ratusan orang yang memakai pakaian serba putih dan berskaf merah melalui jalan raya Pamplona di utara Sepanyol.

Ribuan orang pelancong yang datang dari seluruh dunia untuk berlari bersama dengan penduduk tempatan, membuatkan San Fermin sebagai perayaan yang paling terkenal melibatkan lembu jantan yang diadakan di sekitar Sepanyol sepanjang musim panas.

Perayaan itu mempunyai asal usul keagamaan, bermula semenjak Zaman Pertengaha­n.

Para peserta masih berarak membawa gambar San Fermin dan meminta restunya sebelum larian yang bermula jam 8 pagi waktu tempatan dan berlangsun­g selama tiga hingga lima minit.

Sebaik sahaja lembu jantan selamat memasuki kandang sementara di pekan tersebut, larian itu tamat. — Reuters

 ??  ?? SEORANG pelari terjatuh di hadapan sekawan lembu jantan yang naik minyak pada hari keempat Festival San Fermin di Pamplona, utara Sepanyol. — Gambar Reuters
SEORANG pelari terjatuh di hadapan sekawan lembu jantan yang naik minyak pada hari keempat Festival San Fermin di Pamplona, utara Sepanyol. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia