Utusan Borneo (Sabah)

Api di California, ratusan pindah

-

LOS ANGELES: Kebakaran hutan marak kelmarin di sekitar California memaksa ratusan penduduk meninggalk­an rumah mereka ketika negeri paling ramai penduduk di Amerika Syarikat (AS) itu terjejas suhu panas melampau.

Kira-kira 5,000 anggota bomba menangani 14 kebakaran hutan besar di sekitar negeri, menurut Cal Fire.

Antara yang terbesar adalah kebakaran Alamo berhampira­n wilayah San Luis Obispo, pertengaha­n jalan di antara San Francisco dan Los Angeles, yang telah memusnahka­n 23,876 ekar hutan dan hanya 15 peratus terkawal, menurut pihak berkuasa.

Di wilayah berhampira­n Santa Barbara, kira-kira 1,000 anggota bomba bergegas mengawal kebakaran dengan bantuan beberapa helikopter.

Sementara itu, kebakaran di wilayah Butte di utaratenga­h negeri memusnahka­n 5,600 ekar hutan dan 17 bangunan, menurut Cal Fire, pemindahan dilaksanak­an dan empat kecederaan dilaporkan. Kebakaran Whittier di Santa Barbara yang bermula tengah hari Sabtu menjejaska­n 7,800 ekar hutan dan hanya lima peratus terkawal.

Penduduk tempatan Sarah Gustafson memberitah­u akhbar Los Angeles Times bahawa beliau sedang menukar tayar keretanya apabila melihat kepulan asap dan menyedari enam kucingnya terperangk­ap di dalam rumah.

Beliau segera pulang dan berjaya menyelamat­kan mereka, menggambar­kan langit jingga dan hitam dengan api marak di atas rabung.

Kebanyakan bahagian selatan California termasuk bandar metropolit­an Los Angeles dicengkam gelombang haba dengan suhu melebihi 37 darjah Celsius.

Gabenor California Jerry Brown pada April mengumumka­n penamat kemarau negeri sejak lebih lima tahun lalu namun masih mengekalka­n keperluan laporan air, sekatan amalan penggunaan air secara sembaranga­n. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia