Utusan Borneo (Sabah)

UEM Sunrise mahu kukuhkan kehadiran di Australia

-

KUALA LUMPUR: UEM Sunrise Bhd merancang untuk menerokai pasaran hartanah di Australia bagi mengukuhka­n lagi kehadirann­ya.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Anwar Syahrin Abdul Ajim, operasi kumpulan itu di Australia telah menyumbang sebanyak 20 hingga 30 peratus kepada pendapatan suku kedua berakhir 30 Jun 2017.

Syarikat berkenaan juga berhasrat untuk meningkatk­an simpanan tanahnya di Australia dan amat terbuka bagi pengambila­lihan di kawasan lain di negara itu, seperti Sydney.

“Kami tidak terhad ke Melbourne, kami mencari beberapa kawasan tanah di sana (Australia) tetapi tidak bersaiz

besar kerana kebanyakan projek membabitka­n bangunan tinggi,”katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran ‘Zaha Hadid Architects: Reimaginin­g Architectu­re’ di sini, pada

Isnin.

Sekarangin­i, UEMSunrise­memilikiti­ga projek di Melbourne, dua daripadany­a, Aurora Melbourne Sentral dan Conservato­ry, adalah bernilai lebih kurang RM3.19 bilion.

Ia dijangka melancarka­n projek ketiganya dalam Ogos depan membabitka­n pembinaan menara kediaman mewah, Mayfair, di St.Kilda, Melbourne.

UEM Sunrise Bhd dimiliki sebanyak 66.06 peratus oleh UEM Group Bhd.

Kumpulan itu dijangka akan melancarka­n lima projek dalam tahun kewangan semasa, satu di Australia dan empat lagi di pasaran domestik.

Pameran itu merupakan kerjasama pertama membabitka­n UEM Sunrise dengan Zaha Hadid Architects, firma seni bina yang juga telah dipertangg­ungjawabka­n bagi mereka bentuk Mayfair.

Sehingga 2 Julai, 2017, simpanan tanah syarikat itu adalah sebanyak 5,260 hektar dengan nilai pembanguna­n kasar berjumlah RM108 bilion dan mampu bertahan selama 30 tahun berikutnya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia