Utusan Borneo (Sabah)

Restoran Melinau Terrace anjur bufet hujung minggu

-

MIRI: Adakah anda merancang untuk makan bersama rakan atau keluarga? Eloklah berkunjung ke restoran Melinau Terrace di ParkCity Everly Hotel di sini yang kini menganjurk­an bufet hujung minggu pada setiap hari Sabtu bermula sekarang hingga 30 September.

Dengan harga yang berpatutan iaitu hanya RM53 nett bagi setiap orang dewasa (manakala kanak-kanak berumur 4-12 tahun mendapat diskaun 50 peratus), pelbagai makanan tempatan mahupun antarabang­sa boleh didapati di situ.

Ini termasuk ikan salmon panggang, Yakitori (satay Jepun), kari kambing, tom yam Thai, ayam Belanda panggang dan sebagainya yang disediakan oleh Cef Omar Jikau dan cef-cef lain di restoran tersebut.

Tidak lupa juga makanan tempatan seperti nasi goreng, char kue tiaw, roti canai dan sebagainya.

Untuk pencuci mulut, terdapat juga pelbagai jenis kek dan aiskrim dengan pelbagai rasa untuk dipilih.

Oleh itu, bawalah keluarga dan rakan-rakan anda ke Melinau Terrace untuk menikmati bufet istimewa ini.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi ParkCity Everly Hotel di talian 085-440288 atau e-mel kepada reservatio­n. pehm@everlygrou­p.com.

 ??  ?? CEF OMAR (tengah), bersama cef-cef lain dan kakitangan Melinau Terrace dan ParkCity Everly Hotel menunjukka­n ikan salmon panggang dari New Zealand.
CEF OMAR (tengah), bersama cef-cef lain dan kakitangan Melinau Terrace dan ParkCity Everly Hotel menunjukka­n ikan salmon panggang dari New Zealand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia