Utusan Borneo (Sabah)

Kadar baharu premium balak spesies bukit RM50

-

KUCHING: Kadar baharu premium balak dari pokok spesies bukit adalah RM50 per meter padu (RM50/m3), bermula 1 Julai.

Menurut kenyataan dari Jabatan Hutan Sarawak, kadar premium yang terdahulu ialah RM0.80 per meter padu yang telah dilaksanak­an sejak 1984.

“Perubahan kadar premium itu yang diluluskan oleh kerajaan negeri, dijangka akan memberi pendapatan tambahan sebanyak RM300 juta setahun jika dibandingk­an dengan jumlah kutipan premium terdahulu iaitu RM3 juta setahun sahaja,” kata kenyataan itu.

Semua kutipan premium itu akan disalurkan kepada Yayasan Sarawak bagi memperkasa­kan lagi sektor pendidikan di negeri ini.

Dengan pertambaha­n dana berkenaan, ia boleh digunakan untuk membiayai bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar negeri Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia