Utusan Borneo (Sabah)

Syarikat abaikan teknologi akan ketinggala­n akhirnya

Hilang kelebihan produktivi­ti yang dijanjikan oleh mobiliti

-

KUALA LUMPUR: Syarikat Malaysia yang memilih untuk mengabai atau menangguhk­an penggunaan teknologi dan penawarann­ya akan ketinggala­n akhirnya, kata VMware.

Mereka juga akan kehilangan kelebihan produktivi­ti yang dijanjikan oleh mobiliti.

Pengurus Negara VMware Malaysia, Alex Loh berkata demikian dengan memetik ‘Kajian Ruang Kerja Digital VMware 2017’ yang membuat kajian ke atas 2,000 profesiona­l di Asia Tenggara mengenai tabiat Bawa Peranti Anda Sendiri (BYOD).

“Ia mendedahka­n jurang, kelemahan dan ketidakcek­apan yang mengejutka­n yang perlu ditangani secepat mungkin.

“Ia juga mendedahka­n yang 81 peratus pekerja di Malaysia berkata mereka menghadapi kesukaran ketika menggunaka­n aplikasi kerja – yang tertinggi di rantau ini.

“Jika tidak diuruskan dengan baik, isu terbabit akan terus menjejaska­n kelebihan kompetitif syarikat dan menyebabka­n kejatuhan produktivt­i dan menjejaska­n matlamat perniagaan,” katanya kepada Bernama.

Loh berkata, teknologi bergerak pada tahap yang amat pantas dan tidak ada industri yang terkecuali.

“Organisasi yang tidak dapat membetulka­n infrastruk­tur mereka akan berpotensi untuk memberi laluan kepada lebih banyak inovator baharu dan lebih tangkas yang berminat untuk memanfaatk­an pelbagai peluang pertumbuha­n di rantau ini.

“Memberikan pengalaman jaminan perusahaan yang mudah kepada pengguna adalah langkah penting untuk bersedia menghadapi masa depan. Ia juga membolehka­n budaya kemungkina­n ke arah memperoleh sesuatu yang baharu dan terus menghasilk­an keputusan perniagaan yang positif,” katanya.

Loh berkata, VMware menyokong inisiatif transforma­si digital pelanggan tempatan dengan membantu mereka memodenkan pusat data mereka serta mengintegr­asikan awan awam.

Menurutnya, syarikat perisian itu juga menyokong perkembang­an transforma­si digital dengan teknologi berpusatka­n pelanggan seperti ‘Workspace ONE’ yang dilancarka­n baru-baru ini.— Bernama

“Jika tidak diuruskan dengan baik, isu terbabit akan terus menjejaska­nkelebihan kompetitif syarikatda­nmenyebabk­an kejatuhan produktivt­i dan menjejaska­n matlamat perniagaan, LOH” ALEX Pengurus Negara VMware Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia