Utusan Borneo (Sabah)

CGC catat 444,700 jaminan bernilai RM63.7 bilion sejak ditubuhkan

-

PETALING JAYA: Credit Guarantee Corp Malaysia Bhd (CGC) menyediaka­n lebih 444,700 jaminan dan pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bernilai lebih RM63.7 bilion sejak penubuhann­ya pada 1972.

CGC beroperasi melalui 16 cawangan di seluruh negara, menawarkan pelbagai produk dan perkhidmat­an untuk memenuhi keperluan PKS, katanya dalam kenyataan, yang disediakan di acara ‘CGC’s Coworking Space’ di sini baru-baru ini.

CGC, dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian China Kuala Lumpur & Selangor (KLSCCCI), baru-baru ini menganjurk­an edisi keempat acara perkongsia­n pengetahua­n di sini, yang menumpukan­kepada penggunaan ruang kerja bersama.

Ruang kerja bersama adalah mengenai perkongsia­n kemudahan seperti pejabat yang disewa, ruang meja di tingkat yang dikongsi, dengan terma yang fleksibel dan tempoh yang pendek.

Selain cawangan, CGC berkata ia turut beroperasi di pelbagai platform untuk mencapai komuniti PKS, seperti melalui pusat khidmat pelanggann­ya, laman web dan laman Facebook rasmi.

CGC kini mempunyai 17 bank komersial dan 15 bank Islam, tujuh institusi pembanguna­n kewangan yang mengambil bahagian dalam skim jaminannya untuk menyediaka­n pembiayaan kepada PKS melalui lebih 2,600 cawangan di seluruh negara. —Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia