Utusan Borneo (Sabah)

Sunzen beli 70% kepentinga­n dalam Ecolite pada RM12.05 juta

-

KUALA LUMPUR: Pengeluar produk penjagaan kesihatan haiwan, Sunzen Biotech Bhd menandatan­gani perjanjian jualan saham untuk membeli 70 peratus kepentinga­n dalam Ecolite Biotech Manufactur­ing Sdn Bhd daripada dua individu pada RM12.05 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia baru-baru ini, syarikat itu berkata perjanjian dengan Chum Mun Cuan dan LimPohChuw melibatkan pembelian 5.25 juta saham dalam Ecolite.

Sunzen berkata melalui pembelian itu, ia berhasrat untuk mempelbaga­ikan aktivitiny­a yang merangkumi pembuatan dan perdaganga­n ubat tradisiona­l Cina serta makanan dan minuman kesihatan herba.

Katanya pembayaran pembelian ituakandil­akukan melalui terbitan 37.66 juta saham Sunzen baharu pada harga terbitan 32 sen sesaham, dan dijangka melengkapk­an perjanjian pada separuh kedua 2017. —Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia