Utusan Borneo (Sabah)

SELEKTA PRIMA

-

TV2, jam 8.35 malam Cinta di Langit Cardiff - Tasha ingin melangsung­kan pernikahan dengan kekasih hatinya Imran. Namun berlaku kejadian bila mana Pak Jalal yang ditugaskan oleh ayahnya Nordin menjadi saksi bermatian-matian menegaskan pernikahan itu tidak sah. Nordin berang dengan tindakan Pak Jalal yang dianggap memalukann­ya dan memecat Pak Jalal. Tasha kecewa bila mengetahui kebenaran dirinya hanyalah anak angkat. Begitu juga dengan Imran. Namun Imran menegaskan kepada keluargany­a bahawa dia nekad mahu mengahwini Tasha. Tetapi Talia, adik angkat Tasha menggunaka­n peluang itu untuk merampas Imran. Tasha sekali lagi kecewa dan nekad mahu menjejak ibu kandungnya. Dengan bantuan Pak Jalal, Tasha ke Cardiff. Ketika sampai di Cardiff, Tasha telah diragut dan kemudian dia dibantu oleh Ashraf, seorang pemuda Malaysia yang bekerja di sana. PELAKON: Amar Bahrin, Amyra Rosli, Shakila Khoriri, Hafeez Mikail dan Marissa Yasmin

 ??  ?? • Amar Bahrin dan Amyra Rosli dalam Cinta di Langit Cardiff di TV2, jam 8.35 malam ini
• Amar Bahrin dan Amyra Rosli dalam Cinta di Langit Cardiff di TV2, jam 8.35 malam ini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia