Utusan Borneo (Sabah)

#twittwit ~ Sembang santai terbaharu RTM secara langsung di TV2

-

SAKSIKAN secara langsung #twittwit, sebuah rancangan terbaharu sembang santai terbitan Unit Hiburan TV RTM di TV2.

Anda juga boleh saksikan #twittwit secara langsung di Facebook (Hiburan TV RTM); selain berkomunik­asi secara live di Twitter (hibtvrtm); dan dapatkan update terkini di Instagram (Hiburan TV RTM).

Bersama pengacara anda empat hari berturut-turut dalam seminggu iaitu Sonic Hussien (Isnin), Jeed Zulkipli (Selasa), Nadhir Nordin (Rabu) dan Doria Rachel Dolly (Khamis), jam 4.30 petang di TV2 yang pasti membuatkan petang anda sentiasa ceria.

Program santai ini berkongsi mengetenga­hkan topik berbeza dan terkini sesuai dengan perkembang­an isu semasa dalam setiap episod siarannya. Ada juga kupasan topik kekeluarga­an yang cuba dibincangk­an bersama penonton setia RTM.

Istimewany­a dalam setiap episod juga mengundang artis popular mengupas topik dipilih antaranya Tomok dengan topik permata hati, dan Aiman Tino pula berkongsi pengisian tajuk salah sangka.

Ikuti banyak lagi perkongsia­n isu dan artis jemputan popular ini di TV2. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? HOS: Setiap Rabu bersama Nadhir Nordin.
HOS: Setiap Rabu bersama Nadhir Nordin.
 ??  ?? JEED Zulkifli bersama Aiman Tino.
JEED Zulkifli bersama Aiman Tino.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia