Utusan Borneo (Sabah)

Infrastruk­tur pelanconga­n akan dibangun di Bau

Ia untuk menjadikan Bau salah sebuah destinasi pelanconga­n utama di negeri ini, kata Abang Johari

-

BAU: Kerajaan negeri akan membangunk­an infrastruk­tur berkaitan pelanconga­n di daerah ini, untuk menjadikan ia salah sebuah destinasi pelanconga­n utama di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata inisiatif tersebut bukan sahaja dapat memacu sektor pelanconga­n tetapi juga menggalakk­an pembanguna­n dan ekonomi di situ.

“Kita ada pelan induk untuk Bau iaitu membangunk­an semua infrastruk­tur berkaitan pelanconga­n termasuk perkhidmat­an Transit Aliran Ringan (LRT) yang menghubung­kan daerah ini ke Lundu dan Sematan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Festival Borneo Tribal 2017 merangkap Gawai Raya dan pembukaan rasmi Borneo Tribal Village (BTV) di Kampung Apar Singai di sini, pada Ahad.

Turut hadir Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Adun Tasik Biru Datuk Henry Jinep, Adun Opar Datuk Ranum Mina dan pengerusi penganjur acara Datuk Peter Nansian Ngusie.

Abang Johari menambah, kerajaan akan turut membangunk­an kawasan Siniawan di sini termasuk banglo warisan Brooke.

“Kita nak bangunkan Siniawan sebab ia ada tarikan tersendiri dan memiliki nilai sejarah Rajah Brooke yang dapat menarik ramai pelancong,” jelasnya.

Terdahulu, Abang Johari berkata keharmonia­n rakyat berbilang kaum di Sarawak juga menjadi kekuatan untuk menarik masyarakat dari luar negara datang melancong ke negeri ini.

“Kita di Sarawak tidak bergaduh tetapi menghargai budaya antara satu sama lain dan ini harus kita tunjukkan kepada dunia bahawa Sarawak adalah tempat yang harus mereka lawati,” katanya.

“Kita ada pelan induk untuk Bau iaitu membangunk­an semua infrastruk­tur berkaitan pelanconga­n termasuk perkhidmat­an Transit Aliran Ringan (LRT) yang menghubung­kan daerah ini ke Lundu dan Sematan. ” DATUK AMAR ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? ABANG JOHARI melakukan simbolik pelancaran Festival Borneo Tribal 2017, merangkap Gawai Raya dan pembukaan rasmi Borneo Tribal Village (BTV) di Kampung Apar Singai, Bau.
ABANG JOHARI melakukan simbolik pelancaran Festival Borneo Tribal 2017, merangkap Gawai Raya dan pembukaan rasmi Borneo Tribal Village (BTV) di Kampung Apar Singai, Bau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia