Utusan Borneo (Sabah)

14,958 warga emas miliki lesen B2 sejak SKSJ, My Lesen dilaksana

-

SARIKEI: Seramai 14,958 orang warga emas di Sarawak berjaya memiliki lesen memandu B2 (motosikal) sejak program Satu Komuniti Satu Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) (SKSJ) dan program My Lesen yang dilaksanak­an sejak 2009.

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata, sementara itu di seluruh Malaysia pula, sejumlah 122,654 warga emas telah berjaya mendapat lesen mereka melalui program berkenaan.

“Melalui program ini, kita berharap semua pengguna jalan raya sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar dapat mengamalka­n dan mematuhi konsep pemanduan berhemah dan mengikuti segala aspek keselamata­n yang telah diterapkan semasa latihan memandu.

“Pematuhan kepada undangunda­ng jalan raya amat penting bagi memastikan pemandu dan semua pengguna jalan raya yang lain sentiasa selamat semasa menggunaka­n jalan raya.

“Penglibata­n semua kaum dalam program dan pendekatan JPJ turun padang untuk memastikan perkhidmat­an secara langsung kepada rakyat akan memastikan segala urusan dipermudah­kan dengan kehendak kerajaan melalui konsep gagasan 1Malaysia,” kata Len.

Beliau berkata demikian pada Majlis Persamian Penutupan SKSJ di Dewan Masyarakat Kampung Selalang, petang Sabtu.

Pada majlis itu, seramai 480 orang yang terdiri daripada warga emas telah mendapat lesen B2 melalui program SKSJ yang telah dianjurkan April lepas.

Menurut Len, penganjura­n yang serupa amat perlu diperluas dan dipergiatk­an lagi pada masa akan datang, terutama yang melibatkan masyarakat di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Pada majlis itu, Len turut menyeru masyarakat agar meningkatk­an pencapaian dalam pemilikan lesen, terutama yang melibatkan jentera-jentera besar dan berteknolo­gi tinggi.

“Kini, dalam aliran dan perkembang­an industri negara yang berkembang maju, permintaan kepada masyarakat yang memiliki lesen jentera besar dan berteknolo­gi tinggi amat diperlukan dari semasa ke semasa.

“Justeru, kita mahu masyarakat melihat ini sebagai satu peluang yang terbaik untuk memajukan diri, kerana pasaran dan permintaan ini telah menawarkan pendapatan yang lumayan kepada mereka yang berkelayak­an,” tegas Len.

Pada masa yang sama, yang Len merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Rajang, turut memuji pendekatan yang diggunakan oleh pihak JPJ yang telah menggunaka­n konsep ‘inisiatif mesra rakyat’ dan konsep turun padang untuk membantu masyarakat mendapatka­n lesen.

“Perubahan dalam perkhidmat­an awam telah menitikber­atkan aspek integriti dalam kalangan penjawat awam, lebih-lebih lagi bagi agensi penguatkua­saan seperti JPJ agar terus dihormati masyarakat.

“Dalam perkhidmat­an awam, pencapaian yang kita nikmati adalah kayu pengukur kepada kejayaan pada masa akan datang,” tegas Len.

Turut hadir Ahli Parlimen Tanjung Manis Datuk Norah Tun Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pengarah JPJ Malaysia Datuk Wan Uzir Wan Sulaiman, Pengarah JPJ Sarawak Mohd Syafiq Anas Abdullah, Residen Bahagian Sarikei Mohamad Junaidi dan Pemangku Pegawai Daerah Sarikei Badjuri Bidin.

 ??  ?? LEN dan Norah menyampaik­an lesen kepada warga emas yang telah mendapat lesen B2, sambil disaksikan Wan Uzir dan tetamu kehormat yang lain.
LEN dan Norah menyampaik­an lesen kepada warga emas yang telah mendapat lesen B2, sambil disaksikan Wan Uzir dan tetamu kehormat yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia