Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat majmuk di Sarawak digesa pertahan warisan

-

SIBU: Masyarakat majmuk di negeri ini digesa mempertaha­n warisan dan kebudayaan bagi memelihara identiti masing-masing.

Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh berkata, ini penting bagi mengekalka­n identiti pelbagai kaum seterusnya menjadi batu asas kepada perpaduan semua kaum di bawah satu bumbung.

“Semangat kejiranan dan semangat persaudara­an sangat penting dipupuk bagi kita terus menjamin kesejahter­aan dan kemakmuran negeri ini.

“Rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini dilihat mampu duduk semeja, bekerjasam­a dan saling hormatmeng­hormati yang diterjemah­kan melalui semangat integriti perpaduan semua kaum,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Sarawak Celebrate sempena Majlis Ngiling Bidai 2017 anjuran Pejabat Daerah Sibu dan Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu di sebuah hotel terkemuka di sini, malam Sabtu.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dudong Datuk Tiong Thai King, Pemangku Pegawai Daerah Sibu Zulkarnain Ismail, Pengerusi SDNU Sibu Chambai Lindong, Temenggung Stanley Gramong, Pemanca James Semilan serta tetamu jemputan lain.

Wong yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang memberitah­u bahawa warisan dan budaya itu boleh dikongsi bersama dengan semua kaum seperti berkongsi perayaan.

“Rangkaian sosial serta pergaulan erat pelbagai kaum turut menjurus kepada kejayaan kita dalam meraikan sesuatu perayaan bersama dan ini menunjukka­n ia berjaya menyatukan semua kaum.

“Sebagai sebuah negeri yang didiami pelbagai kaum, semangat sedemikian wajar dipertahan­kan di mana ia adalah satu daripada keunikan Sarawak,” katanya.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bawang Assan itu, masyarakat negeri ini tidak menghadapi masalah kaum dan ini dapat memastikan Sarawak terus maju dengan pembanguna­n berterusan pada masa akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia