Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk perumahan bersyukur MDS letak batu atas jalan rosak

-

KUCHING:Penduduk taman perumahan Duranda Emas di Jalan Kuching-Serian yang enggan dikenali, bersyukur dengan tindakan pantas pihak Majlis Daerah Serian (MDS) meletakkan batu di atas jalan yang sudah rosak atas dasar keselamata­n.

Menurut pengadu, dia telah mendiami kawasan perumahan tersebut sejak 1999 dan baru-baru ini terdapat sebuah projek perumahan yang dijalankan di kawasan berkenaan yang memerlukan lori dan jentera berat melalui jalan raya sedia ada.

“Jalan-jalan yang terjejas adalah jalan yang memasuki kawasan perumahan iaitu di hadapan pusat komersil, berdekatan bulatan pertama perumahan tersebut, simpang Lorong 7A dan 7C.

“Walaupun saya tidak pernah nampak lori-lori yang membawa tanah tersebut pada waktu siang kerana sedang bekerja, apatah lagi pada waktu hujung minggu dan malam kerana mereka juga tidak bekerja… tetapi ada orang lain yang nampak.

“Kita cuma takut keadaan ini dengan keadaan lampu yang malap pada waktu malam atau hujan boleh mengancam keselamata­n pengguna jalan raya yang juga kalangan mereka yang mendiami kawasan perumahan ini,” katanya baru-baru ini.

Paling menyedihka­n apabila keadaan jalan tersebut tidak ubah seperti sebuah kolam ditambah pula jika baharu lepas hujan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia