Utusan Borneo (Sabah)

Emas sebenar takraw, tewaskan Thailand

Temasnya Sukan SEA KL 2017

-

KUALA LUMPUR: Skuad sepak takraw Malaysia berjaya meraih pingat emas dalam acara regu pada Sukan SEA 2015 di Singapura, namun kejayaan itu kurang ‘manis’ kerana musuh tradisi Thailand tidak menyertai acara berkenaan.

Namun bagi kategori berpasukan pula, Malaysia terpaksa akur kepada Thailand apabila tewas pada perlawanan akhir di temasya sukan edisi 2015 itu.

Sepak takraw yang sinonim dengan masyarakat Melayu bukanlah sekadar permainan semata-mata, ia melambangk­an maruah dan jati diri dalam kalangan pencinta sukan itu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.

Bermula dengan Persatuan Sepakraga Pulau Pinang yang menganjurk­an satu persidanga­n di antara wakil-wakil negeri dalam Persekutua­n Tanah Melayu pada Januari 1960, bertempat di Bangunan Persatuan Melayu Pulau Pinang, maka tertubuhla­h Persekutua­n Sepakraga Malaya ketika itu.

Pada 1962, bermulalah episod baharu dalam sukan sepak takraw negara apabila pertanding­an pertama antara negeri-negeri yang dikenali sebagai Piala Emas Khir Johari mula dipertandi­ngkan dengan Pulau Pinang menjuarai edisi pertama itu menewaskan Singapura yang muncul naib johan.

Sepak takraw mula diperkenal­kan pada Sukan SEAP Kuala Lumpur 1965 dan Malaysia meraih pingat emas acara berpasukan.

Era penguasaan pingat emas Malaysia dalam acara berpasukan sepak takraw berterusan dalam Sukan SEAP Kuala Lumpur 1971 sehinggala­h Sukan SEA Singapura 1983.

Namun, pasukan sepak takraw negara mula mengalami kemerosota­n dan kali terakhir Malaysia meraih emas acara berpasukan adalah pada Sukan SEA Manila 1991.

Cabaran besar kini menanti Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) agar skuad negara merampas kembali pingat emas acara berpasukan yang didominasi Thailand.

Bagi Presiden PSM Datuk Seri Ahmad Ismail, beliau berkata persiapan skuad negara menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini, kini di tahap terbaik untuk bersaing dengan Thailand.

“Pengalaman saya sebelum ini (Sukan SEA lepas) bersama jurulatih, semasa hendak mengisi nama pemain, sekejap sahaja mereka boleh beri nama untuk regu A tetapi bila mahu mengisi regu B, semua terdiam kerana kita tidak mempunyai banyak pilihan pemain.

“Tapi dalam keadaan barubaru ini, semua jurulatih pening kepala untuk memilih barisan pemain untuk dibawa ke Sukan SEA Kuala Lumpur kerana semua pemain sama, sangat bagus. Jadi perkara yang ditunggu itu telah berlaku dan ia merupakan petanda yang sangat baik,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad berkata beliau sendiri telah bersemuka dengan tekong harapan negara, Muhammad Syahir Mohd Rosdi dan menyampaik­an hasrat yang telah lama terbuku di hatinya.

“Saya berkata kepada Syahir: Sebelum ini (Sukan SEA 2015) awak dapat emas tanpa penyertaan Thailand (emas acara regu di Sukan SEA Singapura 2015), tak sedap! Saya mahu pingat selepas kita menewaskan Thailand. Itu baru emas yang sebenar,” katanya.

Acara sepak takraw Sukan SEA 2017 bermula 16 hingga 30 Ogos di Stadium Titiwangsa di sini. -Bernama

Pengalaman saya sebelum ini (Sukan SEA lepas) bersama jurulatih, semasa hendak mengisi nama pemain, sekejap sahaja mereka boleh beri nama untuk regu A tetapi bila mahu mengisi regu B, semua terdiam kerana kita tidak mempunyai banyak pilihan pemain. DATUK SERI AHMAD ISMAIL Presiden PSM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia