Utusan Borneo (Sabah)

PrimaBahag­ia juarai tenis Coastal

- -Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: PrimaBahag­ia Permai Sejati dari Kalimantan Utara menjuarai Kejohanan Tenis Berpasukan Jemputan Coastal Sandakan 2017 yang berakhir di Pusat Tenis Sandakan, Jalan Labuk pada Ahad.

PrimaBahag­ia Permai Sejati mudah menewaskan Wilson Meerkats dari Kuala Lumpur menerusi agregat 30 untuk menjuarai edisi Ke-5 itu dan seterusnya meraih hadiah wang tunai bernilai RM5,000.

Dalam penentuan tempat ketiga, pasukan KK Bugzzzs Her dari Kota Kinabalu berjaya menewaskan wakil tuan rumah Sandakan Turtles menerusi agregat 2-1.

Kejohanan dua hari itu disertai oleh lapan pasukan melihatkan 80 pemain keseluruha­nnya, di mana setiapperl­awananmeli­batkan tiga beregu iaitu beregu lelaki gandingan umur 101 dan 91 tahun ke atas serta beregu campuran gandingan umur 81 tahun ke atas.

Majlis penyampaia­n hadiah telah disempurna­kan oleh wakil Coastal Berhad, Jacob Pang dengan disaksikan oleh presiden Persatuan Tenis Negeri Sabah (STA) Johnson Koh, presiden Persatuan Tenis Daerah Sandakan (SDTA) Fernando Rulloda dan naib presiden SDTA; Mary Chin.

 ??  ?? Pemain empat pasukan terbaik merakamkan kenangan beramai-ramai selepas berakhirny­a Kejohanan Tenis Berpasukan Jemputan Coastal Sandakan 2017 di Pusat Tenis Sandakan, Jalan Labuk pada Ahad.
Pemain empat pasukan terbaik merakamkan kenangan beramai-ramai selepas berakhirny­a Kejohanan Tenis Berpasukan Jemputan Coastal Sandakan 2017 di Pusat Tenis Sandakan, Jalan Labuk pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia