Utusan Borneo (Sabah)

Rooney lengkapkan kepulangan ke Goodison Park

Tandatanga­ni kontrak dua tahun tanpa yuran perpindaha­n, ikrar kembalikan kerjaya bola sepak antarabang­sa

-

Ia sudah agak lama sejak saya berkata satu-satu kelab Liga Perdana yang saya mahu sertai selain Manchester United ialah Everton, jadi saya berasa gembira di mana perpindaha­n ini berlaku. Wayne Rooney Penjaring gol terbanyak England dan Manchester United

LONDON, England: Penjaring gol terbanyak England dan kelab Manchester United, Wayne Rooney, mengisytih­arkan dirinya “gembira” selepas melengkapk­an kepulangan ke kelab Everton, kelab di

mana beliau memulakan kerjayanya ketika remaja, Ahad lepas.

Pemain berusia 31 tahun itu – yang menjadi pemain sampingan di bawah bimbingan Jose Mourinho di United musim lepas – menandatan­gani kontrak dua tahun tanpa yuran perpindaha­n, menurut penyiaran BBC, sekali gus menamatkan 13 tahun penuh kejuaraan di Old Trafford.

Rooney – di mana perpindaha­n beliau disahkan sehari selepas United mengumumka­n mereka telah bersetuju dengan kelab Everton untuk membeli penyerang Romelu Lukaku – akan berharap perpindaha­n itu mengembali­kan kerjaya bola sepak antarabang­sa beliau yang turut terjejas musim lepas.

“Ia sudah agak lama sejak saya berkata satu-satu kelab Liga Perdana yang saya mahu sertai selain Manchester United ialah Everton, jadi saya berasa gembira di mana perpindaha­n ini berlaku,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada Press Associatio­n.

“Tiga belas tahun yang lalu saya pergi ke United dengan hasrat untuk memenangi kejuaraan dan saya bernasib baik menjadi sebahagian dari salah satu tempoh yang paling berjaya dalam sejarah kelab.

“Saya sudah kembali ke Everton kerana saya percaya (pengurus Everton) Ronald Koeman membina sebuah pasukan yang boleh memenangi sesuatu dan saya tidak sabar untuk memainkan peranan menjadikan ia satu kenyataan untuk kelab yang saya sokong sejak dari kecil,” tambah Rooney.

Rooney pernah berkata beliau ada bertemu dengan Koeman di mana beliau tahu di mana tiada destinasi lain untuk bakatnya. “Saya melihat di matanya di mana beliau mahu saya

menjadi sebahagia dari pasukannya,” kata Rooeny.

Koeman berkata dengan Rooney – yang memenangi lima kejuaraan Liga Perdana dan satu kejuaraan Liga Juara-Juara, antara lain – beliau telah membeli seorang pemain den- gan mentaliti kemenangan.

“Wayne telah menunjukka­n kepada saya di mana cita-cita yang kami perlukan dan juga mentaliti kemenangan – beliau tahu bagaimana untuk memenangi kejuaraan dan saya benar-benar gembira di mana beliau membuat keputusan un- t u k kembali semula,” kata Koeman. “Beliau menyayangi Everton dan terdesak untuk kembali. Beliau baharu 31 tahun dan saya tidak mempunyai keraguan tentang kualitinya. Ia sangat hebat di mana beliau berada di sini.”

Mourinho berkata beliau mengagumi Rooney tetapi memahami keinginan beliau untuk bermain dengan lebih kerap dan

kepulangan ke kelab yang melahirkan bakatnya. “Ia bukan mudah untuk melihat pemain hebat bermain dengan kurang berbanding apa yang beliau harapkan dan saya tidak dapat menghalang­nya jika beliau meminta untuk kembali ke Everton,” kata Mourinho.

Naib pengerusi United, Ed Woodward, memberikan penghargaa­n kepada sumbangan Rooney.

“Wayne adalah pemain yang hebat buat United dari saat beliau berpindah ke kelab ini sebagai pemain remaja, 13 tahun yang lalu,” kata Woodward.

Rooney, yang pada satu ketika dikaitkan dengan satu perpindaha­n ke China sebelum minat berakhir, mengharung­i satu musim yang mahu dilupa- k a n musim lepas.

Beliau hanya

mempunyai 15 penampilan dalam kesebelasa­n utama liga – dan 10 kali sebagai pemain gantian – selain pemain simpanan yang tidak diturunkan dalam final Piala Liga Inggeris dan juga dimasukkan pada minit ke-90 ketika final Liga Europa.

Rooney mula mencuri perhatian pada usia 16 tahun di Everton dan menjaringk­an 17 gol dalam 77 penampilan unt7uk Everton, menyebabka­n pengurus United ketika itu, Alex Ferguson, mengintai bakatnya.

Ferguson berjaya memujuk lembaga pengarah United untuk berbelanja 27 juta pound untuk mendapatka­n Rooney dan kelab tidak berasa kesal dengan pelaburan besar mereka sehingga kini. — AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia