Utusan Borneo (Sabah)

EMPAT TERBUNUH

Kemalangan ngeri van bertembung lori tangki

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Empat termasuk dua wanita terbunuh selepas van dinaiki terlibat dalam kemalangan ngeri membabitka­n sebuah lori tangki di Kilometer 3, Jalan Lahad DatuTungku, pagi Isnin. Kesemua mangsa yang meninggal di lokasi kejadian dikenali sebagai Eddie Luna, 46, (pemandu van) serta tiga penumpang, iaitu Mohamad Jujani, 67, Hanisah Baskua, 37, dan Kabdatul Alinjaman, 34.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata nahas dipercayai berlaku apabila van dinaiki keempat-empat mangsa itu dikatakan bertembung lori terbabit yang datang dari arah bertentang­an (Lahad Datu ke Tungku), lalu terbabas di bahu kanan jalan sebelum dihempap oleh kenderaan berat itu. “Impak daripada kejadian itu, kesemua mangsa dalam van meninggal dunia di

tempat kejadian,” katanya, sambil menambah pemandu lori berusia 58 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurut beliau mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Lahad Datu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Datu Mohamad Apandi Mahmood berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.59 pagi.

Katanya, dua jentera, dua kenderaan utiliti dan sebuah ambulan MERS bersama 18 anggota diketuai beliau sendiri bergegas ke lokasi kejadian dan mengeluark­an mangsa tersepit.

Pihaknya juga terpaksa meminta bantuan tiga kren swasta bagi membantu mengalihka­n lori berkenaan sebelum usaha mengeluark­an mangsa dilakukan.

“Mangsa pertama lelaki berjaya dikeluarka­n jam 9.05 pagi disusuli tiga yang lain dan operasi tamat pada jam 9.45 pagi,” katanya.

Impak daripada kejadian itu, kesemua mangsa dalam van meninggal dunia di tempat kejadian. ACP HAMZAH AHMAD Ketua Polis Daerah Lahad Datu

 ?? Penyelamat Daerah Lahad Datu - Foto ihsan Balai Bomba dan ?? ANGGOTA bomba sedang berusaha mengeluark­an mayat mangsa yang tersepit.
Penyelamat Daerah Lahad Datu - Foto ihsan Balai Bomba dan ANGGOTA bomba sedang berusaha mengeluark­an mayat mangsa yang tersepit.
 ??  ?? MAYAT keempat-empat mangsa yang terlibat dalam nahas berjaya dikelurkan oleh anggota bomba.
MAYAT keempat-empat mangsa yang terlibat dalam nahas berjaya dikelurkan oleh anggota bomba.
 ??  ?? VAN yang remuk teruk ditarik keluar menggunaka­n kren.
VAN yang remuk teruk ditarik keluar menggunaka­n kren.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia