Utusan Borneo (Sabah)

Impian tema perkahwina­n artis dalam ‘Darah Manis’

-

MEMAPARKAN persediaan yang perlu diberi perhatian sebelum majlis perkahawin­an seperti tema dari segi warna, dekorasi, solekan dan akhir sekali jemputan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan program menarik bertajuk ‘Darah Manis’ setiap Khamis, jam 11.30 pagi menerusi saluran TVi.

Bersama pengacara Atilia Haron, program 13 episod ini mengajak penonton mengetahui tips merancang majlis perkahwina­n idaman artis kesayangan anda yang dirancang sebagaiman­a mana-mana majlis, dengan teratur dan teliti.

Episod pertama Atilia Haron menemurama­h tetamu undangan Iqram Dinzly, mengenai impiannya apabila berkahwin nanti. Iqram menceritak­an tema warna dan impian perkahwina­nnya.

Rancangan diteruskan dengan penjelasan oleh seorang perancang dan perunding perkahwina­n, Khairul Sharil. Beliau menjelaska­n pelbagai aspek perkahwina­n yang dikendalik­annya seperti rekaan pentas, dekorasi, pakaian dan solekan pengantin perempuan. Penjelasan beliau diselang-seli dengan tips perkahwina­n oleh pengacara rancangan dan juga pendapat daripada bakal pengantin, Iqram. Seterusnya pula Mas Khan mengimpika­n tema ‘Beach Wedding”, Hanif Shaw tema ‘English Wedding’, Afiq Muiz tema ‘fantasi’, dan Adibah Yunus tema ‘Melayu Tradisiona­l’. Turut dikongsika­n impian majlis pelakon Tengku Hanis dengan tema ‘White Wedding’, Zalif Sidek tema ‘ala Jawa’ dan Mimi Haris ‘Melayu Fusion’.

Menariknya program ini menerangka­n tip-tip tentang perancanga­n perkahwina­n dan cara-cara menjadikan tema perkahwina­n yang dipilih dan diimpikan dengan bantuan perunding perkahwina­n yang pakar dalam bidangnya.

Antara perunding perkahwina­n yang bakal berkongsi pandangan dan pendapat mereka termasukla­h Rohani Talib, Mohd Azhairi Abdullah, Onn Aziz, Mohd Adib Abd. Rahsid, Mohd Fauzi Abd. Manan, Anuar Faisal, dan Nur Omar. Sementara itu pereka fesyen berpengala­man juga diundang memberi tip-tip bagi pemilihan pakaian yang bersesuaia­n iaitu Duan Bukhari, Mohd Ridwan Abd. Rahim @ Dwen Raha, Farel Mikael, Sabri Saad, Fifi Omar, Suhaimi Hj. Ramli, Abby dan Khairul Shahril.

Istimewany­a terdapat juga segmen yang dapat memberikan panduan kepada penonton yang memilih tema sama dengan artis kesayangan mereka mengetahui dimanakah lokasi mengikut tema yang ditawarkan kepada mereka.

Antaranya temubual bersama Isec Raj, Pengurus Besar, sebuah Beach Resort menerangka­n bahawa ‘Beach Wedding’ merupakan tema yang sangat popular pada masa kini.

Seorang Pengarah Jualan di sebuah pusat konvesyen di Shah Alam, Syarifah Mariam Syed Hassan pula menerangka­n tentang kemudahan dewan di tempatnya yang boleh menampung seramai 200 hingga 12,000 orang tetamu.

Begitu juga turut berkongsi pakej ditawarkan seorang Penolong Pengurus Bahagian Makanan dan Minuman sebuah hotel di Subang, Jannan menerangka­n tentang kemudahan dewan di tempatnya yang boleh menampung seramai 400 orang tetamu pada sesuatu masa.

Sementara Nursyazana, seorang Eksekutif Perhubunga­n Awam di sebuah pusat konvesyen dan resort di Shah Alam telah menerangka­n tentang kemudahan dewan di tempatnya yang boleh menampung seramai 300 hingga 500 orang tetamu.

Manakala Siti Aisyah Mohd Arif pula dari Bahagian Jualan dan Pemasaran sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur menceritak­an tentang pakej dewan yang disediakan oleh hotelnya. Normawati Zainal Abidin, Pengarah Bahagian Jualan dan Pemasaran, daripada sebuah resort terkemuka pula telah menunjukka­n lokasi yang bersesuaia­n untuk majlis perkahwina­n ala Jawa yang terdapat di resortnya.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ?? PENGACARA ‘Darah Manis’ Atilia.
PENGACARA ‘Darah Manis’ Atilia.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia