Utusan Borneo (Sabah)

Sertai pertubuhan haram, 20 lelaki warga asing dihukum penjara

Menyertai pertubuhan haram di Jalan Lahad Datu

-

KOTA KINABALU: Seramai 20 orang lelaki warga asing dikenakan penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, atas kesalahan menyertai pertubuhan haram.

Semua tertuduh yang berumur antara 19 hingga 40 tahun, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun.

Kesemua mereka didakwa menyertai pertubuhan Knight Of The Right Keepers (KNK) pada 24 Jun lalu jam 9.43 malam, di sebuah perumahan pekerja-pekerja ladang, di Jalan Lahad Datu.

Untuk itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 yang boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau dengan keduaduany­a sekali.

Terdahulu Jessica bertanyaka­n apakah misi dan visi penubuhan persatuan itu, salah seorang tertuduh mengatakan untuk membantu antara ahli kumpulan apabila berlaku masalah.

Namun, beliau menyatakan pertubuhan seumpama itu akan memberikan kesan kepada seluruh rakyat Malaysiadi­sebabkanpe­ristiwa di Tanduo, Lahad Datu.

Pendakwaan itu dikendalik­an Pegawai Pendakwa Insp Rasydan Jasni.

Sementara itu di Mahkamah Sesyen, Hakim Azreena Aziz mengenakan hukuman penjara empat hingga lima bulan serta satu sebatan, terhadap semua tertuduh kerana memasuki negara ini secara haram.

Hukuman itu dikenakan terhadap semua tertuduh yang bekerja di ladang kepala sawit, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Semasa rayuan, mereka yang tidak diwakili peguam memohon hukuman mereka diringanka­n dan segera dihantar pulang ke negara asal.

Mahkamahme­merintahka­n mereka menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap dan dirujuk ke Jabatan Imigesen untuk tindakan selanjutny­a.

Bagi kes ini, pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa ASP Sabrina Jinius.

“Untuk

itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 yang boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau dengan keduaduany­a sekali.

 ??  ?? Oleh CLARICE USOP & NURASYIKIN HAMZA
Oleh CLARICE USOP & NURASYIKIN HAMZA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia