Utusan Borneo (Sabah)

Tolak cubaan musnah perpaduan

-

SIBU: Terdapat cubaan daripada pihak yang tidak bertanggun­gjawab untuk memusnahka­n perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama di Sarawak.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapaee berkata, usaha itu dilakukan dengan menimbulka­n perasaan syak wasangka dalam kalangan rakyat negeri itu, yang mempunyai hubungan erat sejak 50 tahun lalu.

“Kita harus bersama-sama menolak segala dakyah dan usaha ini serta tidak mudah terpengaru­h, agar perpaduan dan keharmonia­n ini dapat dikekalkan buat selamanya untuk diwarisi anak-anak pada masa hadapan.

“Kita berjaya mewujudkan masyarakat bersatu padu sejak lebih 50 tahun dahulu, maka kita harus berusaha untuk memastikan ia menjadi gaya hidup masyarakat pelbagai kaum di Sarawak,” katanya.

Beliau berucap pada majlis Sarawak Celebrates bersempena sambutan Aidilfitri di Dewan Kompleks Islam Sarawak, di sini, malam Ahad lepas.

Dr. Annuar yang juga Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam berkata, untuk membina masyarakat bersatu padu bukan perkara mudah kerana ia memerlukan tamadun, masa, wang ringgit dan persefaham­an dalam kalangan rakyat pelbagai bangsa dan agama.

“Tetapi perpaduan ini amat mudah untuk dimusnahka­n. Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan penting untuk mengekalka­nnya,” tegasnya.

Menyentuh mengenai Sarawak Celebrates, beliau berkata ia merupakan inisiatif menerusi bidang keberhasil­an utama ‘Kesejahter­aan Masyarakat’ Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak.

Sambutan ini bertujuan untuk memperkena­lkan konsep kongsi raya melalui kesemua perayaan utama di Sarawak iaitu Tahun Baru Cina, Gawai Dayak, Hari Raya dan Krismas di seluruh 40 daerah di Sarawak.

Beliau memuji inisiatif tersebut kerana boleh ia dijadikan sebagai platform dalam memperkasa­kan lagi perpaduan rakyat di negeri itu. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia