Utusan Borneo (Sabah)

Cekal majukan butik sendiri

Hasmira amalkan resipi kejayaan melalui teknik ‘berfikir diluar kotak’

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

Saya telah melalui pelbagai cabaran sejak mula berniaga dan selama saya berniaga sejak 2011, saya melalui keadaan ‘on-off’ perniagaan berikutan pelbagai masalah. Tapi dengan dorongan ahli keluarga dan sahabat-sahabat serta semangat untuk memajukan diri dan keluarga, saya terus bangkit dan berusaha sehingga sekarang.

H

ASMIRA Hasbulah, 30, seorang peniaga wanita yang cekal menjalani cabaran demi cabaran dalam dunia perniagaan.

Tanpa sebarang pendidikan formal bidang perniagaan, pemilik tiga premis butik jenama sendiri, Bia Hasmira ini telah berjaya keluar dari kepompong perniagaan biasa menjadi luar biasa.

Malah dengan kekuatan jati dirinya, Hasmira terus maju mencorakka­n hala tuju perniagaan­nya dengan mengamalka­n resepi menuju kejayaan melalui teknik ‘thinking outside the box’ (berfikir diluar kotak).

Menceburi dunia perniagaan sememangny­a impiannya sejak kecil lagi.

Baginya apabila menjadi peniaga, dia akan bebas dari kesusahan, tidak akan menjalani hidup susah apatah lagi berdepan kesesakan hingga terdesak mencari sesuap nasi.

Rupanya, selepas melalui pelbagai dugaan barulah dia sedar dunia perniagaan itu terlalu besar cabarannya, sakit bila jatuh, sukar untuk bangkit semula.

Tapi, peniaga busana pakaian muslimah ini kuat, tidak pernah mahu berputus asa, bagi beliau cabaran dan dugaan yang mendatang adalah satu kunci kejayaan untuk belajar dari satu kesilapan.

Hasmira, anak kelahiran Kampung Paris dekat Lahad Datu ini menjadikan pengalaman lalunya sebagai panduan untuk menjadi lebih baik dalam mengusahak­an kembali perniagaan­nya.

Ketika ditemui, Hasmira berkata dia amat menghargai pengalaman lalunya, malah tidak pernah serik untuk melalui apa sahaja cabaran kerana dia yakin pada rezeki bagi orang yang berusaha.

“Saya telah melalui pelbagai cabaran sejak mula berniaga dan selama saya berniaga sejak 2011, saya melalui keadaan ‘onoff’ perniagaan berikutan pelbagai masalah.

“Tapi dengan dorongan ahli keluarga dan sahabatsah­abat serta semangat untuk memajukan diri dan keluarga, saya terus bangkit dan berusaha sehingga sekarang,” katanya.

Penanda aras pada pelan menuju kejayaanny­a bermula pada tahun 2011, apabila usaha untuk berniaga di bandar Lahad Datu yang mempunyai tarikan tetap untuk perniagaan­nya tercapai.

Menurut ibu kepada tiga orang anak ini, dengan bermodalka­n sejumlah wang yang dipinjamny­a daripada keluarga, dia memulakan perniagaan di satu sudut gerai di kawasan Dataran Palma bernama Swarovski Collection.

Katanya, di sanalah dia menanam azam untuk memajukan perniagaan yang menjual pelbagai jenama produk busana muslimah sehinggala­h suatu masa, stok jualannya tidak lagi muat di gerai jualannya.

Menyedari hal itu, dia mulalah melebarkan skop pelanggann­ya, mula menjinakka­n diri dengan dunia pasaran atas talian.

“Saya memang bermula dari zero yang tidak tahu apa-apa tentang internet.

“Tapi saya sering terbaca samada iklan atau status rakan saya di media sosial mengatakan internet boleh buat duit, tapi bagaimana?,” katanya yang ketika itu hanya memiliki akaun media sosial yang telah didaftar oleh rakannya.

Dengan tambahan ilmu pemasaran dan bantuan ahli keluarga dia mula belajar satu persatu hinggalah dia sudah mampu menjual secara atas talian jualannya.

Menurutnya dia turut membuat jaringan perniagaan bersama rakan-rakan sekampung sehinggala­h jumlah rangkaian jaringanny­a semakin bertambah kerana teknik promosinya yang berkesan dan meyakinkan pelanggan.

Pada ketika itulah dia mula berjinak-jinak menjual koleksi Tudung Bawal Exclusive yang terkenal dengan rekaan tudung yang bermutu menggunaka­n batu permata Swarovski.

Setelah berkenalan dengan Pengasas Bawal Exclusive Sdn Bhd, Haliza Maysuri, Hasmira bertambah yakin untuk menggandak­an jualannya.

Pada tahun 2014, beliau mula mencongak nasib untuk berpindah ke satu premis dalam gedung beli belah yang lebih selesa dan luas.

Kini, selain menjual koleksi busana muslimah, Butik Bia Hasmira turut mendapat sambutan pelanggan kerana menjadi satu-satuya ejen di Lahad Datu yang sah jenama Tudung Bawal Exclusive.

Bulan lalu sahaja, lebih kurang 1,000 helai tudung bagaikan jualan ‘pisang goreng panas’ yang setiap hari mendapat sambutan luar biasa di kesemua tiga premisnya iaitu di Tawau, Lahad Datu dan Sandakan.

Dengan kuasa internet, dia semakin dikenali bukan sahaja kerana teknik pemasaran yang berkesan malah mempunyai pelanggan setia yang sentiasa mengikuti apa saja peraduan atau program-program yang dianjurkan­nya.

Menyentuh resepi kejayaanny­a hari ini, beliau berkata seorang peniaga perlu fokus dengan apa diusahakan­nya, berani untuk gagal dan bangkit selepas kalah kerana baginya, kegagalan itu akan mendekatka­n diri dengan kejayaan.

“Paling utama sekali, selalulah beringat apa sahaja yang diusahakan perlulah sentiasa ingat pada Tuhan, amalkan suruhanNya dan tinggalkan yang ditegahNya,” katanya.

Apabila ditanya tentang perancanga­nnya di masa akan datang, Hasmira mahu memajukan lagi perniagaan Butik Hasmira itu dengan memiliki bangunan perniagaan­nya sendiri serta bercita-cita mahu menjadi usahawan produk kesihatan dan kecantikan.

 ?? (gambar kiri) HASMIRA (kanan) bersama suami dan pekerja-pekerjanya. ??
(gambar kiri) HASMIRA (kanan) bersama suami dan pekerja-pekerjanya.
 ??  ??
 ??  ?? HASMIRA menunjukka­n antara koleksi busana muslimah jenama Bia Hasmira kepada pelanggann­ya.
HASMIRA menunjukka­n antara koleksi busana muslimah jenama Bia Hasmira kepada pelanggann­ya.
 ??  ?? HASMIRA sentiasa memberi layanan istimewa kepada pelanggan yang berkunjung ke premisnya.
HASMIRA sentiasa memberi layanan istimewa kepada pelanggan yang berkunjung ke premisnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia