Utusan Borneo (Sabah)

Pasar popular utara London terbakar

Bangunan empat tingkat hangus dalam kejadian yang merebak pantas

-

LONDON: Kira-kira 70 anggota bomba dikerahkan memadam kebakaran besar dalam bangunan yang menempatka­n banyak kedai butik di pasar popular Camden Lock Market di London pada awal pagi semalam.

Perkhidmat­an kecemasan menghantar 10 jentera bomba ke tempat kejadian dan kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh tiga jam tanpa sebarang kecederaan atua kematian dilaporkan.

“Tingkat dua, tiga dan empat termasuk bumbung sebuah bangunan dalam pasar tersebut terbakar,” menurut Briged Bomba London dalam Twitter selepas kebakaran.

Jurucakap briged David Reid berkata: “Anggota kami bekerja keras mengawal kebakaran untuk mengelakka­n ia daripada merebak ke bangunan-bangunan berhampira­n.”

Imej yang dikongsi dalam media sosial menunjukka­n api besar menjulang tinggi dan sebuah bangunan hangus di pasar utara London itu yang popular kalangan penduduk tempatan dan pelancong.

“Api merebak dengan pantas sekali.

“Kebakaran itu tersebar di udara ke kawasan sekeliling­nya,” menurut saksi Joan Ribes, 24, kepada agensi berita Press Associatio­n.

“Orang ramai melihat kebakaran itu dan kami khuatir bangunan itu akan meletup pada bila-bila masa kerana terdapat restoran berhampira­n,” katanya.

Kawasan pasar itu menerima 28 juta pelawat setahun.

Jurucakap Perkhidmat­an Ambulans London berkata, mereka telah dipanggil ke tempat kejadian sekitar jam 12.07 pagi waktu tempatan tetapi tidak menerima sebarang pesakit.

Jurucakap Market Tech, pemegang saham utama pasar tersebut, menegaskan kebakaran tersebut hanya membabitka­n sebuah bangunan.

“Tatkala sebahagian kecil Camden Lock Market akan ditutup kepada orang awam sehingga notis lanjut sebagai langkah berjaga-jaga, bahagian lain akan dibuka sepenuhnya,” jelas beliau.

Briged Bomba telah memulakan siasatan mengenai punca kebakaran. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR paparan Twitter akaun Joan Ribes menunjukka­n kebakaran marak di Camden Lock Market di utara London. — Gambar Reuters
GAMBAR paparan Twitter akaun Joan Ribes menunjukka­n kebakaran marak di Camden Lock Market di utara London. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia